30 Mei, 2023: Pihak Kolej mengucapkan syabas dan tahniah kepada WADAH, DBP dan UNISEL atas penganjuran Seminar Fikrah Siddiq Fadzil yang bertemakan “Citra Budaya dan Peradaban Bangsa Malaysia” pada 30 – 31 Mei, 2023 di Dewan Bahasa dan Pustaka. Pihak Kolej telah menghantar 40 orang peserta yang terdiri dari pensyarah, pengurusan dan pelajar.
Petikan dari FB YAB Perdana Menteri Malaysia:
Hadir majlis peluncuran Seminar Fikrah Siddiq Fadzil, “Citra Budaya dan Peradaban Bangsa Malaysia” di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur, pagi tadi.
Turut berada di majlis berkenaan, balu kepada Allahyarham Siddiq iaitu Datin Dr Siti Zulaikha Mohd Nor, anaknya Fadhlina yang juga Menteri Pendidikan dan para sasterawan negara termasuk saudara A. Samad Said.
Seminar ini bukan sahaja bagi mengenang jasa, ketokohan dan intelektual Allahyarham memartabatkan ilmu tetapi, lebih penting adalah untuk menelusuri buah fikiran beliau terutama dalam memartabatkan bangsa dan agama.
Dalam kita membicarakan soal pembangunan Malaysia Madani misalnya, pasti ia memerlukan kepada suntikan fikrah, idealisme, wawasan dan gagasan yang sejati dengan asas pemikiran serta fikrah seperti tokoh pemikir Allahyarham Siddiq Fadzil.
Tugas kaum intelektual bukan hanya berfikir, merenung dan berwacana namun, lebih utama bagaimana pemikirannya itu diterjemah kepada aksi dan tindakan.
Saya amat mengharapkan seminar ini akan beroleh manfaat, bahan-bahan yang diwacanakan mesti digarap dan diresolusikan serta garis-garis saranannya mestilah disikapi dengan tuntas. Insha Allah.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0bnvfYix4vfZVTZG4yLx5syMexrCBr4wuazZmyFW8MjitBpvSX7wYgTZXiyZjKKgDl&id=100044147303672&mibextid=Nif5oz












No comments:
Post a Comment