17 Jun, 2023: Kami mengucapkan syabas dan tahniah kepada Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Perak (KPIP) kerana telah Berjaya menganjurkan Perkampungan Menara Gading 2023 di Institut Pendidikan Guru, Ipoh dari 16-18 Jun, 2023. Kami juga mengucapkan ribuan terima kasih kerana telah mengundang pihak Kolej mengisi slot ceramah bertajuk ‘Karamah Insaniah’ yang telah disampaikan oleh Puan Hielda, Pustakawan Kolej dan slot Taklimat Kolej yang disampaikan oleh Cik Aqilah, Koordinator Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak Kolej. Sesi ini juga dihadiri oleh Sdr. Shahran Kasim, Ketua Eksekutif dan Ustaz Zuljalaluddin, Pensyarah Kanan Kolej.
Saudara Ketua Eksekutif Kolej juga berkesempatan mengisi
slot Kuliah Maghrib bersama dengan Tuan Haji Nasir Kamaruddin, Pengerusi Wadah
Perak. Pihak Kolej mengucapkan selamat maju jaya kepada semua peserta dan
dengan hormatnya mengundang mereka untuk menyambung pengajian diperingkat
Diploma di Kolej Dar al-Hikmah.



No comments:
Post a Comment