13 September, 2023: Saudara Ketua Eksekutif telah mengadakan kunjungan hormat ke Sekretariat Persatuan Falak Syar’i Malaysia dalam rangka menjalin kerjasama antara kedua-dua institusi. Yang Dikasihi Tuan Syed Kamarulzaman Bin Syed Kabeer, Yang DiPertua Persatuan Falak Syar’i Malaysia bersama dengan beberapa Ahli Jawatankuasa Persatuan mengalu-alukan kehadiran saudara Ketua Eksekutif dan menyambut baik usaha Kolej untuk menganjurkan program dan aktiviti berkaitan ilmu falak. Beberapa aktiviti telah dibincangkan antaranya menganjurkan kursus pensijilan atas talian, menawarkan kursus elektif kepada pelajar Diploma dan juga menganjurkan seminar serta bengkel secara berkala. Diharapkan kerjasama ini akan dapat membantu masyarakat untuk lebih menghayati kebesaran ciptaan Allah SWT khususnya yang berkaitan dengan ilmu falak atau astronomi.




No comments:
Post a Comment