20 Ogos, 2023: Saudara Ketua Eksekutif telah mengadakan lawatan silaturahim dan promosi Kolej ke Pasentren/Dayah Modern Babun Najah dan Pasentren/Dayah Modern Darul Ulum di Banda Aceh, Aceh. Pasentren Modern Babun Najah mempunyai lebih dari 800 orang pelajar dan didirikan pada 28 April 1994. Sementara Pasentren Modern Darul Ulum telah didirikan pada tahun 01 Jun 1990 dengan lebih 900 orang pelajar. Kedua-dua pasentren adalah madrasah berbentuk Boarding School atau yang lebih dikenal dengan Dayah Terpadu.
Saudara Ketua Eksekutif telah memberikan penerangan mengenai kursus-kursus Diploma yang ditawarkan di KDH dan nilai tambah yang lain seperti kursus-kursus pensijilan, peluang menyambung pelajaran di universiti-universiti di Malaysia, peluang pekerjaan dan juga peluang menghadiri konferan dan seminar disekitar Kuala Lumpur. Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ustaz Maimun dari Pasentren Babun Najah dan Ustaz Zulfahmi dari Pasentren Darul Ulum yang telah menerima kedatangan kami dan layanan hangat diberikan. Kami juga menyampaikan undangan kepada kedua-dua pasentren untuk menziarahi KDH untuk mempereratkan kerjasama dalam bidang pendidikan dan dakwah.





















No comments:
Post a Comment