Sunday, January 25, 2026

19 Julai, 2023: Majlis Bacaan Doa Menyambut Tahun Baru 1445 Hijrah

 19 Julai, 2023: Bagi pihak Prof. Dato’ Dr. Muhammad Nur Manuty dan seluruh warga Kolej Dar al-Hikmah, kami mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 1445 Hijrah. Majlis bacaan doa hujung dan awal tahun Hijrah telah diadakan bersama para pelajar Kolej. Para pelajar telah berkongsi pengajaran dari peristiwa penghijrahan Rasulullah saw dari Mekah ke Madinah. Antara pengajaran yang diambil ialah peranan generasi muda seperti peranan Sayyidana Ali dan Asma Abu Bakar yang sangat bermakna. Para pelajar juga menyatakan Hijrah membawa makna yang lebih luas iaitu penghijrahan dari suasana atau situasi yang tidak baik kepada yang lebih baik. Mereka yang dilahirkan dari keluarga Muslim hendaklah melahirkan kesyukuran kepada Allah swt kerana tidak mengalami kesukaran dan cabaran sepertimana mereka yang berhijrah dari agama yang lain ke agama Islam. Saudara Ketua Eksekutif dalam ucapannya mengucapkan terima kasih kepada kehadiran semua pelajar dan mendoakan semoga tahun 1445 Hijrah akan menjadi tahun yang lebih baik dan bermakna buat semua.








No comments:

Post a Comment