26 September, 2023: Ribuan terima kasih kepada YB Tuan Syahredzan Johan, Ahli Parlimen Bangi dan Cik Nor Zulaila Abd Ghani, Ahli Majlis Majlis Perbandaran Kajang, yang telah sudi datang ke Majlis Ziarah dan Dialog bersama Warga Kolej. Prof. Dato’ Dr. Muhammad Nur Manuty mengalu-alukan kehadiran para tetamu dan menyatakan komitmen pihak Kolej untuk membantu dan bersama YB Parlimen Bangi dalam usaha membangun masyarakat yang berilmu dan sejahtera. YB Tuan Syahredzan mengucapkan terima kasih atas sambutan hangat yang diberikan oleh pihak Kolej. Beliau berkongsi visi ‘Bangi Madani’ dimana kawasan Parlimen Bangi akan menjadi kawasan contoh perlaksanaan gagasan Malaysia Madani. Beberapa projek seperti membaikpulih perpustakaan awam, kawasan rekreasi seperti padang dan sungai, dan kawasan taman perumahan telah dikenalpasti untuk dijadikan ‘showcase’ atau projek contoh ‘Bangi Madani.’ Beliau juga mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas saranan dan pandangan yang telah dikemukakan oleh para warga Kolej yang hadir dalam pertemuan hari ini.
YB Tuan Syahredzan juga mengadakan sesi dialog bersama
para pelajar dimana beliau telah menjawab beberapa soalan yang dikemukakan. Antara
pertanyaan yang diajukan ialah cabaran pempengaruh (influencer) di media sosial
dan kurangnya minat generasi muda untuk menyambung pelajaran di peringkat Kolej
atau Universiti. YB Tuan Syahredzan memperingatkan para pelajar untuk
berhati-hati dalam membuat perancangan masa depan. Tanpa menafikan sumbangan
pempengaruh (influencer) atau pemandu e-hailing, beliau menyatakan generasi
muda harus memiliki ilmu dan kepakaran dalam sesuatu bidang yang nantinya boleh
membina kerjaya atau karier mereka. YB
Syahredzan juga mengesa para pelajar untuk sentiasa peka dengan isu-isu semasa
kerana mereka adalah pengundi yang mempunyai hak untuk memilih pemimpin dimasa
depan. Majlis lawatan diakhiri dengan Pelancaran Kejohanan Catur Madani Piala
Parlimen Bangi yang akan diadakan pada 4 November, 2023.























No comments:
Post a Comment