17 Ogos, 2023: Pihak Kolej mengalu-alukan lawatan delegasi dari Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) yang diketuai oleh Saudara Muhamad Shauqi bin Shabudin, Pegawai Tadbir dari Jabatan Pemasaran bersama tiga orang pensyarah dan pembantu. Lawatan ini adalah bertujuan untuk mengadakan perbincangan awal antara kedua institusi untuk menjalin kerjasama dalam semua perkara. Antara perkara utama yang dibincangkan ialah pihak KUIPs menawarkan pembiayaan biasiswa kepada graduan diploma KDH untuk menyambung pengajian diperingkat Sarjana Muda di KUIPs. Pihak KDH juga berminat untuk menjalinkan kerjasama dalam beberapa program diploma yang tidak ditawarkan di KDH. Kedua-dua pihak bersetuju untuk memperhalusi cadangan-cadangan yang dikemukakan dan akan segera mengaturkan pertemuan susulan dalam masa yang terdekat.





No comments:
Post a Comment