Sunday, January 25, 2026

15 Julai, 2023: Majlis Pelancaran Kursus Pensijilan Akademi KDH

 15 Julai, 2023: Majlis Pelancaran Kursus Pensijilan Akademi KDH dan Peluncuran Buku telah diadakan pada 15 Julai, 2023 di Dewan Besar KDH. Majlis ini telah disempurnakan oleh Tuan Haji Ahmad Muhammad Said, Mantan Ketua Eksekutif dan juga Ahli Lembaga Penasihat KDH. Turut hadir dalam Majlis ini ialah para Koordinator Kursus dan Penulis Buku Pendidikan Kompetensi Al-Hikmah: Pendidikan Karakter Berasaskan Nilai.

Tuan Haji Ahmad Muhammad Said menyatakan dalam ucapan beliau bahawa program dan aktiviti keilmuan seperti ini hendaklah disemarakan dalam masyarakat kita pada hari ini. Natijah kepada ilmu ialah kebenaran dimana ianya akan menunjukkan jalan kepada sang pencipta, iaitu Allah SWT. Justeru, ilmu adalah tersangat penting untuk membentuk individu dan masyarakat yang memahami agama. Beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada Akademi KDH kerana telah mengambil inisiatif menganjurkan Kursus Pensijilan yang sangat besar manfaatnya kepada pelajar dan masyarakat umum.

Sesi Bedah Buku Pendidikan al-Hikmah: Sains dari Perspektif Al-Qur’an KSSR dan KSSM bersama penulis Puan Hajjah Rohana Kamaruddin dan Dr Mohd Ghazali Taib sebagai moderator turut diadakan. Puan Hajjah Rohana telah mengupas secara mendalam akan konsep Pendidikan al-Hikmah dan kepentingannya dalam membentuk pelajar yang mempunyai akhlak atau kararakter yang mulia. Rakaman Sesi Bedah Buku boleh diikuti di https://fb.watch/lQe5VKL_Xi/ .

Kuliah minggu pertama juga telah dimulakan. Rakaman siri kuliah ini boleh diikuti di laman Youtube dan Facebook KDH.






















No comments:

Post a Comment