Saturday, January 24, 2026

01 Jun, 2023: Kursus Nurkasih Al-Hikmah

01 Jun, 2023: Tahniah diucapkan kepada peserta Kursus Nurkasih Al-Hikmah yang telah menamatkan kursus intensif selama lima hari dari 29 Mei hingga 2 Jun, 2023 di Kolej Dar al-Hikmah. Kursus ini merupakan salah satu program yang mengeratkan hubungan antara pensyarah dan pelajar-pelajar Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak. Melalui program ini, pelajar mendapatkan tambahan ilmu dengan pelbagai pengisian antaranya Kursus Permata, Kursus STEAM, Taklimat Praktikal dan Kursus Penubuhan Tadika dan Asas Psikologi, Perkembangan Awal Kanak-kanak, Kursus Pertolongan Kecemasan, dan Kursus Disleksia dan Autisme. Seramai 14 orang pelajar trek khas dan 9 orang pelajar Diploma sepenuh masa telah mengikuti Kursus ini.

Kursus dimulakan dengan Majlis Perasmian oleh Ketua Eksekutif Kolej dimana beliau mengalu-alukan partisipasi semua peserta. Beliau berharap para peserta akan mendapat manfaat dari Kursus ini. Kursus diakhiri dengan Majlis Makan Malam yang dihadiri oleh semua peserta dan pihak pengurusan Kolej.
















No comments:

Post a Comment