17 Jun, 2023: Tahniah dan Syabas kepada Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), PKPIM Terengganu dan PKPIM Kelantan atas kejayaan menganjurkan Perkampungan Menara Gading pada 16hb hingga 18hb Jun, 2023. Ribuan terima kasih diucapkan kerana mengundang pihak Kolej mengisi slot ceramah yang bertajuk ‘Karamah Insaniah’ yang telah disampaikan oleh Ustaz Shahrul Hizam bin Mokhtar, Timbalan Pengarah Akademik dan Slot Taklimat Kolej yang disampaikan oleh En. Muhammad Haffiz bin Muhamad Isa, Pengarah Pengurusan & Perancangan Strategik. Pihak Kolej mengucapkan selamat maju jaya kepada semua peserta dan dengan hormatnya mengundang mereka untuk menyambung pengajian diperingkat Diploma di Kolej Dar al-Hikmah.











No comments:
Post a Comment