Sunday, January 25, 2026

10 Julai, 2023: Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat untuk kesembuhan Tuan Haji Fuad Bahari

 10 Julai, 2023:  Pihak Kolej telah menganjurkan Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat memohon perlindungan dan bantuan dari Allah SWT untuk segera menyembuhkan Tuan Haji Fuad Bahari, Mantan Ketua Eksekutif Kolej yang kini sedang menjalani rawatan perubahan. Majlis juga turut mendoakan kesejahteraan kepada saudara Muhammad Nizam Shamsuddin dan saudara Daniel Haikal Faizul Hazreen dari AYG yang ditimpa kemalangan baru-baru ini.

Bersempena dengan Majlis ini, pihak Kolej juga mengadakan Perhimpunan Bulanan Warga Kolej yang telah dihadiri oleh semua pelajar, pensyarah dan pengurusan Kolej. Saudara Ketua Eksekutif dalam ucapan beliau mempertegaskan visi Kolej sebagai sebuah ‘Kolej Perjuangan’ yang mempunyai cita-cita besar untuk membela nasib umat Islam bukan sahaja di Malaysia malah diseluruh dunia. Beliau berkongsi perancangan untuk menaiktaraf Kolej kepada Kolej Universiti dalam masa tiga tahun dimana sebanyak 13 kursus baharu akan diperkenalkan dan jangkaan penambahan pelajar sehingga 1,000 orang.

Beliau juga menyatakan disamping pembelajaran formal di dalam bilik kuliah, pelajar juga dibekalkan dengan berbagai program dan aktiviti pembelajaran tidak formal di luar bilik kuliah sebagai ‘nilai tambah’ dalam usaha membentuk bakat kepimpinan dan pembinaan jatidiri pelajar. Para pelajar akan dilibatkan dalam siri latihan kepimpinan, seminar dan lawatan yang akan dianjurkan dari masa kesemasa. Disamping itu, beliau mengharapkan ‘budaya kasih sayang’ dan sifat-sifat mulia yang lain sentiasa dibudayakan dalam kehidupan seharian di Kolej.  Majlis diakhir dengan memperkenalkan pelajar-pelajar yang baru mendaftar untuk sesi pengambilan Julai 2023.







No comments:

Post a Comment