Tuesday, January 27, 2026

21 Ogos, 2023: MOU antara Kolej Dar al-Hikmah dan UIN Ar-Raniry

21 Ogos, 2023: Satu Memorandum Persefahaman (MoU) telah ditandatangani antara Kolej Dar al-Hikmah dan UIN Ar-Raniry pada 21 Ogos, 2023 di Banda Aceh. Pihak KDH diwakili oleh saudara Ketua Eksekutif dan Prof. Emer. Dato’ Wira Dr. Jamil Osman sebagai Ahli Lembaga Penasihat Akademik KDH. Pihak UIN Ar-Raniry pula diwakili oleh Prof Dr Saifullah, SAg, MAg sebagai Wakil Rektor III bidang Kemahasiswaan dan Kerja Sama, dan Dr Hafas Furqani, MEc., Dekan Fakultas Ekonomi dan Bisnis Islam. Majlis ini diadakan bersempena dengan perasmian Islamic Economics Training Camp yang diadakan pada 22 hingga 25 Ogos, 2023 di Kota Sabang, Aceh. Training Camp ini dianjurkan dengan kerjasama International Institute of Islamic Thought East and Southeast Asia, Centre for Islamic Economics IIUM, dan Fakultas Ekonomi dan Bisnis Islam UIN Ar-Raniry. Beberapa program kerjasama telah dibincangkan antara KDH dan UIN Ar-Raniry khususnya dalam bidang penerbitan ilmiah dan pertukaran pelajar.













No comments:

Post a Comment