Tuesday, January 27, 2026

27 September, 2023: Siri Syarahan Tokoh bersama YBhg Prof. Dr. Mohd Radhi bin Ibrahim, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

27 September, 2023: Pihak Kolej telah menganjurkan Siri Syarahan Tokoh dengan menjemput Yang Berbahagia Prof. Dr. Mohd Radhi bin Ibrahim, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) untuk menyampaikan syarahan bertajuk ‘Integrasi ilmu dalam Sistem Pendidikan Islamik.’ Prof. Dr. Mohd Radhi telah mengupas hubungan antara ilmu aqli dan nakli dan bagaimana keduanya adalah asas untuk melahirkan insan yang bertaqwa. Prof. Dr. M. Radhi juga menasihatkan para mahasiswa untuk mengamalkan ilmu yang dipelajari kerana menurut beliau  ilmu yang tidak diamalkan adalah umpama pokok yang tidak berbuah. Siri Syarahan ini telah dihadiri oleh semua pensyarah, staff dan pelajar Diploma KDH. Turut hadir ialah mahasiswa dari UIN Imam Bonjol yang kini sedang mengikuti Latihan di Sekolah Rendah dan Menengah ABIM Sungai Ramal. Pihak Kolej mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berbahagia Prof. Dr. Mohd Radhi bin Ibrahim atas kesudian beliau memenuhi undangan untuk menyampaikan syarahan.











No comments:

Post a Comment