Sunday, January 25, 2026

11 Julai, 2023: MOU antara Kolej Dar al-Hikmah (KDH) dan Maahad Tahfiz Al-Quran Qasimul Ulum (MATAQU)

 11 Julai, 2023: Satu Perjanjian Persefahaman antara Kolej Dar al-Hikmah (KDH) dan Maahad Tahfiz Al-Quran Qasimul Ulum (MATAQU) telah ditandatangani pada hari Selasa, 11 Julai, 2023. Pihak KDH telah diwakili oleh Prof. Dato’ Dr. Muhammad Nur Manuty selaku Presiden Kolej dan pihak MATAQU di wakili oleh Tuan Haji Alauddin bin Ishak selaku Pengerusi MATAQU. Beberapa kerjasama strategik telah dirancang untuk manfaat bersama kedua-dua institusi.

Prof. Dato’ Dr. Muhammad Nur Manuty juga telah diundang memberi tazkirah ringkas kepada para pelajar MATAQU. Beliau telah mengupas mengenai kepentingan menuntut ilmu, baik yang bersifat fardhu ain atau yang bersifat fardu kifayah. Beliau juga berharap para pelajar memberi penumpuan khusus kepada penguasaan Bahasa Arab dimana ianya menjadi kunci kepada pemahaman al Qur’an. Akhirnya beliau mendoakan semoga para pelajar MATAQU sentiasa dipelihara oleh Allah swt dan diberi kejayaan dalam pelajaran dan kehidupan mereka.















No comments:

Post a Comment