Thursday, January 29, 2026

07 Oktober, 2023: Seminar Pendidikan Awal Kanak-kanak Pendidikan al-Hikmah dengan tema “Membina Karakter Beradab dan Berbakti di Kalangan Anak Prasekolah”

07 Oktober, 2023: Syabas dan tahniah diucapkan kepada Akademi Kolej Dar al-Hikmah kerana telah berjaya menganjurkan Seminar Pendidikan Awal Kanak-kanak Pendidikan al-Hikmah dengan tema “Membina Karakter Beradab dan Berbakti di Kalangan Anak Prasekolah” bertempat di Dewan Besar KDH. Seminar ini telah dihadiri oleh seramai 110 orang peserta yang terdiri dari pengusaha, penyelia dan guru-guru mewakili lebih dari 25 tadika dan taski dari seluruh negara. Pembentangan Utama telah disampaikan oleh oleh Pn Hjh Rohana Kamaruddin, Pengarah Akademi KDH dengan tajuk “Membina Karakter Beradab dan Berbakti di Kalangan Anak Prasekolah melalui Pendidikan al-Hikmah: Modul ADAB & BAKTI” dimana beliau telah mengupas secara terperinci pendekatan Pendidikan al-Hikmah dalam mengangkat karakter beradab dan berbakti.

 



Para peserta kemudian diberi pendedahan tentang pendekatan dan amalan terbaik yang oleh rakan kongsi tadika yang lain. Sesi `Showcase` - Amalan terbaik PdP Tauhidik’ ini menampilkan penceramah dari lima buah tadika. Tajuk-tajuk yang telah dibentangkan ialah:

1.      "Pendikan al Hikmah : al- Birr " oleh Puan Zuhairah Md Salleh, Penyelia TASKI YTP Daerah Muar

2.      "Pembelajaran Menggunakan i-pad " oleh Marjina Majid dan Ainur Nasrin Mahadi dari PRA Bestari Sri Seremban

3.      "Pendidikan al - Hikmah : Modul Adab dan Bakti” oleh Puan Noorfadzillah Sulaiman, Pengurus Pendidikan – Taski ABIMNS

4.      "Skrip Yang Menghidupkan Jiwa Bertuhan" oleh Puan Badariah Ismail, Pengusaha Tadika Dzul Iman

5.      “Mendampakkan ABC dengan Mendahului Adab Sebelum Ilmu” oleh Puan Rozita Kamil, Pengusaha Tadika Amazing Seed Malaysia

Para peserta memberikan maklumbalas yang sangat positif dengan perkongsian yang telah diberikan. Mereka mengharapkan pihak Kolej Dar al-Hikmah akan terus menganjurkan seminar dan latihan kepada guru-guru tadika diseluruh negara. Sebagai program susulan, pihak Akademi KDH akan mengadakan sesi perbincangan meja-bulat dengan menjemput wakil-wakil tadika untuk bersama merancang kerjasama dan program untuk manfaat semua.





























No comments:

Post a Comment