Monday, January 26, 2026

09 Ogos, 2023: Lawatan Program Studi Pendidikan Islam Anak Usia Dini, Fakultas Ilmu Tarbiyah dan Keguruan, UIN Sunan Kalijaga, Yogyakarta,

09 Ogos, 2023: Pihak Kolej mengalu-alukan kedatangan 20 orang delegasi dari Program Studi Pendidikan Islam Anak Usia Dini, Fakultas Ilmu Tarbiyah dan Keguruan, UIN Sunan Kalijaga, Yogyakarta, Indonesia pada hari Rabu, 9 Ogos, 2023. Delegasi ini adalah dalam rangka siri Lawatan Akademik ke Malaysia dan Singapura yang diketuai oleh Prof. Dr. Sigit Purnama, Ketua Program Studi PIAUD UIN Sunan Kalijaga. Prof. Dato’ Dr. Muhammad Nur Manuty, Presiden KDH dalam ucapan beliau menyatakan institusi Islam di Indonesia seperti IAIN dan UIN telah memainkan peranan utama dalam mempertahankan Islam dari serangan penjajah. Dalam konteks hari ini, UIN khususnya telah melahirkan graduan dan ilmuwan yang memberikan sumbangan yang besar kepada Masyarakat Islam di Indonesia. Memorandum Persefahaman telah ditandatangani sebagai simbolik kerjasama antara kedua institusi.



















No comments:

Post a Comment