Saturday, January 24, 2026

Lawatan Young Men Muslim Association (YMMA) Sri Lanka - 23 Mei, 2023

 23 Mei, 2023: Pihak Kolej mengucapkan selamat datang dan terima kasih kepada delegasi Young Men Muslim Association (YMMA) of Sri Lanka kerana sudi menjadi tetamu Kolej dari 18 hingga 23 Mei, 2023. Delegasi ini terdiri dari saudara Khalid Farouk, saudara Zubair Hassen dan saudara Haleem A. Aziz. Mereka semuanya adalah mantan Presiden YMMA yang secara otomatik dilantik sebagai Board of Trustees. Tujuan utama kehadiran mereka ialah untuk menjalin kerjasama pendidikan melalui pertukaran dan lawatan pelajar Islam Sri Lanka ke Malaysia. 

Sepanjang di Kuala Lumpur, mereka berkesempatan menghadiri Majlis Rumah Terbuka IKIM, Majlis Konvokesyen Khas UIAM Sempena Sambutan 40 Tahun, dan Majlis Distinguished Speaker Series with Mufti Menk di Kediaman Resmi YAB Perdana Menteri. Mereka juga sempat menziarahi Mantan Duta Malaysia ke Sri Lanka dan menghadiri jamuan makan tengahari bersama pihak pengurusan Kolej.

























No comments:

Post a Comment