Sunday, January 25, 2026

08 Julai, 2023: ‘Bengkel Cepat Membaca: Persediaan Penglibatan Mahasiswa Bersama Komuniti’

 08 Julai, 2023: Jabatan Pendidikan Awal Kanak-kanak KDH telah menganjurkan ‘Bengkel Cepat Membaca: Persediaan Penglibatan Mahasiswa Bersama Komuniti’ dengan kerjasama Sinaran Ilmu Learning and Consultancy PLT. Antara objektif bengkel ialah untuk melatih guru/mentor membantu murid menguasai kemahiran asas membaca dan menulis dengan menggunakan kaedah didik hibur dan penggunaan BBM.

Saudara Ketua Eksekutif dalam ucapan penutup mengucapkan terima kasih kepada pihak Sinaran Ilmu yang telah berkongsi ilmu dan kepakaran. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada peserta yang hadir yang terdiri dari para pelajar Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak dan guru-guru TASKI ABIM. Beliau berharap bengkel ini mampu menambah kemahiran para peserta dalam mendidik para pelajar. Beliau juga memaklumkan pihak Kolej akan sentiasa memberi peluang kepada para pelajar untuk menghadiri bengkel dan kursus kemahiran seperti ini. Pihak Kolej juga akan menganjurkan program dan aktiviti dengan masyarakat setempat untuk membolehkan para pelajar mempraktikkan ilmu dan kemahiran yang diperolehi. 


















No comments:

Post a Comment