21 Julai, 2023: Program Inspirasi ‘Bicara Dari Hati’ dengan kerjasama Yayasan Nur Inspirasi telah diadakan pada 21 Julai, 2023 di Dewan Besar KDH. Program ini menampilkan tiga ikon golongan kurang upaya (OKU) penglihatan yang terdiri dari Muhamad Dinie bin Abd Rashid, Khairil Azreen bin Mohd Jasni dan Rashidi bin Abdullah. Sesi perkongsian telah dikendalikan oleh YBhg. Datin Fauziah binti Ahmad Ramly, Pengerusi Yayasan Nur Inspirasi. Seramai lebih dari 200 orang pelajar KDH dan juga Sekolah Menengah ABIM Sg Ramal telah menghadiri program ini.
Para ikon telah berkongsi sejarah dan pengalaman hidup
mereka dalam menghadapi cabaran sebagai seorang yang cacat penglihatan. Mereka
memberi pesan dan semangat kepada semua peserta untuk sentiasa bersyukur dengan
nikmat yang dikurniakan oleh Allah swt. Disamping itu, mereka juga telah
membuktikan dengan kesungguhan dan kesabaran, walaupun mereka tidak sempurna,
mereka telah berjaya meneruskan pendidikan dan seterusnya berjaya dalam kerjaya
mereka. Saudara Ketua Eksekutif dalam ucapan beliau mengucapkan jutaan terima kasih
kepada YBhg. Datin Fauziah binti Ahmad Ramly dan Yayasan Nur Inspirasi kerana
telah memilih KDH sebagai salah satu rakan pintar mereka. Saudara Ketua
Eksekutif juga berharap akan lebih banyak program dan aktiviti dapat dianjurkan
dengan kerjasama Yayasan Nur Inspirasi dimasa hadapan.










No comments:
Post a Comment