Sunday, January 25, 2026

20 Jun, 2023: Lawatan Maahad Tahfiz Al-Quran Qasimul Ulum (MATAQU)

 20 Jun, 2023: Pihak Kolej mengalu-alukan lawatan Yang Berbahagia Tuan Haji Alauddin bin Ishak dan delegasi dari Maahad Tahfiz Al-Quran Qasimul Ulum (MATAQU) ke Kolej Dar al-Hikmah. MATAQU (https://www.qasimul-ulum.edu.my) adalah sebuah maahad tahfiz yang diintegrasikan dengan pendidikan diniah dan akademik. Ditubuhkan pada tahun 2000, MATAQU kini dinaungi dibawah unit pendidikan Yayasan Pendidikan Qasimul Ulum mempunyai seramai 180 orang pelajar dan 25 orang tenaga pengajar. Sesi pengajiian juga telah berkembang dari peringkat tadika sehingga ke pengajian ulum tinggi. Pengajian di MATAQU bermula dari 7.30 pagi sehingga 5.30 petang. Sebelah pagi sesi pengajian tahfiz dan sebelah petang sesi pengajian diniah dan akademik.

Delegasi telah disambut oleh Ybhg Prof. Dato’ Dr. Muhammad Nur Manuty dan pihak pengurusan Kolej. Beberapa rancangan kerjasama strategik telah dibincangkan dan dipersetujui bersama. Majlis MOU dan lawatan balas ke MATAQU akan diadakan dalam waktu terdekat selepas daripada Hari Raya Eidul Adha.











No comments:

Post a Comment