12 September, 2023: Pihak Kolej mengucapkan tahniah dan syabas kepada para pelajar yang telah berjaya mendapat Anugerah Dekan pada semester yang lepas. Anugerah ini telah disampaikan oleh Ybhg Prof. Dato’ Dr. Muhammad Nur Manuty, Presiden Kolej Dar al-Hikmah. Dalam ucapan dan amanat Presiden, beliau menasihatkan para mahasiswa untuk sentiasa peka dengan perkembangan semasa yang semakin mencabar. Beliau mengambil contoh gejala LGBT yang semakin merebak dikalangan masyarakat hari ini. Masyarakat juga berdepan dengan pertembungan pemahaman agama dimana mereka yang tidak mempunyai kelayakan keilmuan mengeluarkan pandangan yang mengelirukan. Dato’ Presiden berharap para mahasiswa KDH terus berusaha untuk memantapkan keilmuwan dan membuat persiapan untuk berdepan dengan cabaran-cabaran yang ada.
















No comments:
Post a Comment