12 Jun, 2023: Pihak Kolej mengucapkan ribuan terima kasih kepada Datin Dr. Bushro Ali, Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa kerana sudi menerima kunjungan pihak Kolej dalam rangka menjalin kerjasama strategik dalam bidang penyelidikan dan perkongsian kepakaran. Delegasi Kolej diketuai oleh Sdr. Ketua Eksekutif dan Pn. Hajjah Rohana Kamaruddin sebagai Pengarah Akademi KDH berserta enam orang lagi dari pihak Pengurusan Kolej.
Agenda utama perbincangan ialah untuk mengundang pihak IPGKBA khususnya Jabatan Penyelidikan Inovasi Pendidikan (JPIP) untuk memberi latihan dan turut sama dalam mengkaji perlaksanaan Falsafah Pendidikan Al-Hikmah yang dipelopori oleh pihak Kolej. Hasil kajian ini akan dibentangkan kepada pemegang taruh khususnya pihak Kementerian Pendidikan untuk diterapkan dalam sistem pendidikan nasional.
Pihak IPGKBA juga menyambut baik tawaran pihak Kolej untuk berkongsi ‘resource person’ khususnya tokoh-tokoh pemikir kontemporari untuk membimbing para pensyarah dan pelajar di IPGKBA dalam konteks pembinaan Malaysia Madani seperti yang digagaskan oleh YAB Perdana Menteri.
Mesyuarat diakhiri dengan persetujuan untuk menyediakan satu ‘kertas dasar kerjasama’ yang akan disiapkan dalam tempoh satu bulan.






No comments:
Post a Comment