13 November, 2023: Sesi taklimat dan promosi Kolej Dar al-Hikmah telah diadakan bersama 25 orang wakil dari Sekolah Islam di wilayah Krabi, Thailand. Sesi ini diadakan di Sekolah Islam Thongkam. Sdr. Ketua Eksekutif KDH mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua wakil yang hadir atas komitmen mereka mendidik dan menyediakan generasi Muslim yang kuat di Thailand. Para wakil yang hadir sangat teruja dengan program-program yang ditawarkan oleh KDH dan akan berkerjasama untuk menghantar para pelajar dari sekolah-sekolah mereka untuk menyambung pengajian di KDH.
Thursday, January 29, 2026
12 November, 2023: Program ramah mesra bersama jamaah Masjid Darul Muttaqin, Natungklang, Krabi
12 November, 2023: Program ramah mesra bersama masyarakat Islam telah diadakan dengan ahli kariah Masjid Darul Muttaqin, Natungklang, Krabi. Program ini dianjurkan bersempena dengan Program Bimbingan Al-Hikmah yang diadakan di Anuban Wangthong Islamic School. Majlis ini telah dihadiri oleh lebih dari 100 orang ahli kariah masjid. Pihak Kolej Dar al-Hikmah telah menyumbangkan pek barang keperluan asas kepada 15 keluarga yang dipilih. Disamping itu sumbangan tunai turut disampaikan kepada pihak masjid. Tuan Imam Abdul Razak, selaku imam masjid mengalu-alukan kehadiran para delegasi dari Malaysia dan berharap jalinan mesra antara msyarakat Islam di Krabi dan di Malaysia akan terus dipereratkan lagi.
12 November, 2023: Program Bimbingan Pendidikan Al-Hikmah Siri 1 bersama guru-guru Anuban Wangthong Islamic School, Krabi
12 November, 2023: Program Bimbingan Pendidikan Al-Hikmah Siri 1 bersama guru-guru Anuban Wangthong Islamic School, Krabi telah diadakan dengan jayanya pada hari Sabtu, 12 November, 2023. Seramai 31 orang guru dari Sekolah Anuban Wangthong Islamic School telah mengikuti program ini. Program ini dibimbing oleh Puan Hajjah Rohana Kamarudin, Pengarah Akademi KDH serta dibantu oleh angota delegasi yang lain. Antara objektif utama program ialah:
🔹 Memberi kefahaman asas Pendidikan al-Hikmah - kesepaduan ilmu kepada para pendidik
🔹 Memberi kemahiran PdP al-Hikmah khususnya dalam subjek Sains Sek Rendah (Ruj Buku Panduan Guru, Sains Dari Perspektif al-Quran 2023)
🔹 Memulakan proses menyesuaikan kurikulum sains Anuban Wangthong bagi penterjemahan Buku Panduan Sains Dari Perspekti al-Quran ke bahasa Siam untuk panduan guru sains setempat.
🔹 Memberi kemahiran dalam PdP 5M pengajaran Al-Quran kepada guru-guru agama.
Antara program lain yang diadakan ialah Majlis Pentauliahan Bacaan al-Mathurat yang telah dipimpin oleh Tuan Haji Abdul Rahman Yasin, Pengarah Komunikasi Korporat KDH. Majlis ini telah dihadiri oleh lebih 30 orang pelajar dewasa sekolah Anuban Wangthong.
Ustaz Imron Lilaeh, Mudir Sekolah Anuban Wangthong mengucapkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua ahli delegasi dari Malaysia atas kesudiaan menziarahi dan memberikan latihan kepada warga sekolah. Beliau berharap kerjasama ini akan berterusan dengan program-program yang lain di masa hadapan.
05 November, 2023: Kejohanan Catur Madani Parlimen Bangi
05 November, 2023: Pihak Kolej Dar al-Hikmah dengan kerjasama Pejabat YB Parlimen Bangi, Persekutuan Catur Malaysia (MCF), Kelab Catur Elit SERI SEMI ABIM Sg. Ramal dan Traju Team telah menganjurkan Kejohanan Catur Madani Parlimen Bangi. Kejohanan ini telah dihadiri oleh lebih dari 360 orang peserta yang dibahagikan mengikut beberapa kategori. YB Shahredzan Johan, Ahli Parlimen Bangi mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua pihak yang telah bertungkus lumus menjayakan kejohanan ini. Beliau berharap kejohanan ini diadakan setiap tahun dan menjadi satu acara besar-besaran yang dinanti-nantikan oleh para peminat sukan catur. Majlis Perasmian turut dihadiri oleh En. Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi sebagai Presiden Persekutuan Catur Malaysia (MCF), Dr. Azlan Sulaiman sebagai Pengerusi Kelab Catur Elit SERI SEMI ABIM Sg. Ramal dan En. Muhamad Firdaus Ismail, Pengarah Urusan Traju Team. Pihak KDH mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua staff dan pelajar KDH yang telah turut membantu menjayakan kejohanan ini.
06 November, 2023: Kunjungan hormat keatas Rektor UIN Imam Bonjol.
06 November, 2023: Saudara Ketua Eksekutif telah melakukan kunjungan hormat keatas Rektor UIN Imam Bonjol. Pertemuan turut dihadiri oleh Dekan Fakulti Ushuluddin dan Studi Agama UIN Imam Bonjol. Moga kerjasama antara kedua-dua institusi akan terus diperkuat dalam usaha membangun umat.
04 November, 2023: Acara Sambutan 100 tahun Perguruan Diniyyah Puteri Padang Panjang
04 November, 2023: Saudara Ketua Eksekutif telah mewakili Kolej menghadiri Acara Sambutan 100 tahun Perguruan Diniyyah Puteri Padang Panjang. Acara ini telah dihadiri oleh Bapak Jusuf Kalla selaku Mantan Wakil Presiden Indonesia, Gabenor Sumatera Barat dan para tamu undangan dari dalam dan luar negara. Kami mendoakan semoga Diniyyah Puteri Padang Panjang akan terus diberi kekuatan oleh Allah SWT untuk melahirkan pemimpin umat.
01 November, 2023: Lawatan Institute of Integrated Tahfiz Cambodia (INTAC), Kampong Cham, Cambodia
01 November, 2023: Pihak Kolej mengucapkan selamat datang kepada pimpinan Institute of Integrated Tahfiz Cambodia (INTAC), Kampong Cham, Cambodia. Delegasi ini disertai oleh Ustaz Syarqawi Salleh (Pengerusi INTAC), Ustaz Nawawi Salleh (Mudir), Ustaz Arifin Imran (Timbalan Mudir - Hal Ehwal Pelajar) dan Ustaz Nazar Zakaria (Timbalan Mudir - Hal Ehwal Akademik). Beberapa usaha kerjasama telah dibincangkan khususnya dalam rangka lulusan INTAC untuk menyambung pengajian di KDH. Kami mendoakan INTAC akan terus sukses dalam melahirkan pemimpin umat.
30 Oktober, 2023: Lawatan Dr. Hj. Abdul Aziz Hassan dan Dr. Mohar Yusof
30 Oktober, 2023: Selamat datang diucapkan kepada Dr. Hj. Abdul Aziz Hassan (Founder/CEO Aziz Hassan & CO) dan Dr. Mohar Yusof (Founder and President BinaPavo) ke Kolej Dar al-Hikmah. Pihak Kolej sangat teruja dengan ide-ide segar yang dikongsikan oleh kedua-dua tamu kita. Moga apa yang dibincangkan dapat direalisasikan, inshaAllah.
28 Oktober, 2023: WACANA MEJA BULAT PERADABAN MADANI; PERSPEKTIF BERBILANG BUDAYA
28 Oktober, 2023: Alhamdulillah, program WACANA MEJA BULAT PERADABAN MADANI; PERSPEKTIF BERBILANG BUDAYA telah berjaya dilaksanakan sebagaimana yang dirancang. Pihak kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada YB Syahredzan Johan, Ahli Parlimen Bangi kerana sudi menyampaikan ucapan perasmian.
Terima kasih juga diucapkan kepada para pembentang, Dr. Ghazali bin Basri, Rev. Dr. Albert Sundaraj Walters, Prof. Madya Dr. Charanjit Kaur a/p Darshan Singh, Prof. Madya Dr. Tee Boon Chuan, saudara Uthaya Sankar SB dan Dr. Arfah binti Ab Majid. Tidak dilupakan juga, moderator Dr. Mohammad Alinor Abdul Kadir.
Kami di pihak AKK dan juga Kolej Dar al-Hikmah memberikan komitmen untuk merancakkan lagi penganjuran program wacana-wacana seumpama ini terutama bagi menyemarakkan lagi budaya ilmu dalam kalangan masyarakat.
Rakaman program tersebut boleh ditonton menerusi pautan di bawah.
https://fb.watch/o0mFXhPTiK/?mibextid=9R9pXO
26 Oktober, 2023: Lawatan promosi ke Pondok Pesantren Nurul Haramain di Narmada, Lombok Barat.
26 Oktober, 2023: Sdr Ketua Eksekutif telah mengadakan lawatan promosi ke Pondok Pesantren Nurul Haramain di Narmada, Lombok Barat. Beliau telah disambut oleh Tuan Guru Haji Hasanain Juaini sebagai pemimpin utama pasentren. TGH Hasanain dikenali sebagai pelopor pasentren moden yang ramah linkungan. Ponpes Nurul Haramain kini mempunyai lebih dari 2,000 orang pelajar. TGH Hasanain menyambut baik kerjasama dengan KDH dan akan berusaha menghantar lepasan Ponpes Nurul Haramain untuk menyambung pengajian di KDH.
Selain Pospes Nurul Haramain, saudara Ketua Eksekutif juga melawat Ponpes An Nawawi dan Ponpes Raudhatul Jannah. Mereka juga sangat teruja untuk mengirim para pelajar ke KDH.
19 Oktober, 2023 : Pelancaran Tabung Palestin
19 Oktober, 2023: Warga Kolej Dar al-Hikmah dan SERI/SEMI ABIM Sungai Ramal hari ini menzahirkan soladariti dan sokongan padu kepada para saudara seIslam di Palestin khususnya Gaza yang sedang berdepan dengan kekejaman Zionist Israel dengan mengadakan Pelancaran Tabung Palestin. Tetamu khas pada majlis ini ialah saudara Muath Omar, Political Affairs dan Media Coordinator dari Palestinian Cultural Organization Malaysia (PCOM). Majlis juga turut dihadiri oleh Puan Wan Noor Fadhilah dari Global Peace Mission Malaysia. Pihak Kolej dan SERI/SEMI ABIM merancang mengadakan beberapa siri penerangan dan kutipan dari masa kesemasa. Sumbangan boleh disalurkan kepada Kolej Dar al-Hikmah di nombor akaun 12029010053297 BIMB. Sila catatkan tujuan atas nama ‘Palestin’.
Tabung Bantuan Palestin
No akaun : 12029010053297
Nama akaun : Kolej Dar al-Hikmah
Nama bank : Bank Islam Malaysia Berhad
13 Oktober, 2023: Pelancaran Kursus Pensijilan Maqasid al-Shari’ah
13 Oktober, 2023: Pihak Kolej mengucapkan setinggi penghargaan kepada YAB Perdana Menteri kerana telah sudi melancarkan Kursus Pensijilan Maqasid al-Shari’ah pada hari Jumaat, 13 Oktober, 2023 di Masjid Mahmoodiah, Presint 18 Putrajaya. Kursus ini adalah usahasama akademik antara Kolej Dar al-Hikmah dan Masjid Mahmoodiah Presint 18 Putrajaya dengan disokong sepenuhnya oleh pihak JAKIM dan JAWI.
Maqasid al-Shari’ah telah mendapat perhatian yang besar dalam segenap lapisan masyarakat di Malaysia terutamanya dikalangan ilmuwan dan juga mahasiswa di peringkat pendidikan tinggi. Bahkan akhir-akhir ini ia semakin luas diwacanakan sehingga ke peringkat awam. Oleh itu KDH dengan kerjasama Masjid Mahmoodiah Presint 18 Putrajaya akan menganjurkan Siri Kuliah Maqasid al-Shari’ah secara bersemuka dan atas talian yang terbuka kepada semua golongan.
07 Oktober, 2023: Seminar Pendidikan Awal Kanak-kanak Pendidikan al-Hikmah dengan tema “Membina Karakter Beradab dan Berbakti di Kalangan Anak Prasekolah”
07 Oktober, 2023: Syabas dan tahniah diucapkan kepada Akademi Kolej Dar al-Hikmah kerana telah berjaya menganjurkan Seminar Pendidikan Awal Kanak-kanak Pendidikan al-Hikmah dengan tema “Membina Karakter Beradab dan Berbakti di Kalangan Anak Prasekolah” bertempat di Dewan Besar KDH. Seminar ini telah dihadiri oleh seramai 110 orang peserta yang terdiri dari pengusaha, penyelia dan guru-guru mewakili lebih dari 25 tadika dan taski dari seluruh negara. Pembentangan Utama telah disampaikan oleh oleh Pn Hjh Rohana Kamaruddin, Pengarah Akademi KDH dengan tajuk “Membina Karakter Beradab dan Berbakti di Kalangan Anak Prasekolah melalui Pendidikan al-Hikmah: Modul ADAB & BAKTI” dimana beliau telah mengupas secara terperinci pendekatan Pendidikan al-Hikmah dalam mengangkat karakter beradab dan berbakti.
07 Oktober, 2023: Mesyuarat Agung Tahunan 2023 Pertubuhan Alumni Pendidikan Kolej Dar al-Hikmah
07 Oktober, 2023: Pihak Kolej mengucapkan tahniah dan syabas kepada Pertubuhan Alumni Pendidikan Kolej Dar al-Hikmah yang telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan 2023. Prof. Dato’ Dr. Muhammad Nur Manuty mengalu-alukan semua yang hadir dan melahirkan harapan kepada pihak Pertubuhan Alumni akan dapat bersama mengembeling tenaga membangun Kolej. Pihak Kolej juga mengucapkan ribuan terima kasih atas sumbangan berjumlah RM3,000.00 dari pihak Pertubuhan Alumni untuk membantu pelajar KDH yang memerlukan. Tahniah juga diucapkan kepada AJK yang baru dilantik.
06 Oktober, 2023: Pertemuan bersama YAB Menteri Besar Negeri Sembilan untuk perbincangan awal mengenai penubuhan Pusat Pendidikan Bahasa Arab.
06 Oktober, 2023: Jutaan terima kasih diucapkan kepada YAB Menteri Besar Negeri Sembilan kerana sudi menerima delegasi dari KDH untuk mengadakan perbincangan awal mengenai penubuhan Pusat Pendidikan Bahasa Arab. Delegasi dari KDH disertai oleh Prof. Dato’ Dr. Muhammad Nur Manuti, Prof. Dr. Rahmah A. Osman, Dr. Mahmoud Mohamed Ali serta pihak pengurusan Kolej. YAB Menteri Besar menyambut baik cadangan yang dikemukakan dan menyatakan komitmen Kerajaan Negeri Sembilan untuk bersama menjayakan penubuhan pusat ini.
05 Oktober, 2023: Lawatan ke Pameran 'Selamat Datang ke Zaman Pasca Normal'
05 Oktober, 2023: Para pelajar Diploma KDH telah mengadakan lawatan ke Pameran 'Selamat Datang ke Zaman Pasca Normal' di KL Jazz & Art Centre di Seputeh. Mereka telah diberikan taklimat mengenai pameran yang sedang dijalankan. Para pelajar juga turut mengadakan perbincangan dalam kumpulan dan persembahan/presentasi akan dapatan mereka dipameran tersebut. Para pelajar kemudian mengikuti syarahan mengenai ‘Colapse’ yang disampaikan oleh Prof. Dr. Christopeher Burr Jones.
04 Oktober, 2023: Lawatan Koordinator Tauhid Tasawuf Internasional
04 Oktober, 2023: Pihak Kolej mengucapkan selamat datang kepada Ustaz Ahmad Junaidi (Koordinator Tauhid Tasawuf Internasional) dan Tengku Agus Ramadhan SE, (Koordinator Tauhid Tasawuf ASEAN) dalam rangka bersilaturrahim dan bertemu para pelajar. Dalam tausiah singkat, Ustaz Ahmad Junaidi mengajak para pelajar menjadi seorang Muslim yang sepenuhnya yang terhindar dari sifat-sifat yang merosakkan. Tengku Agus Ramadhan pula memberi semangat kepada para pelajar untuk menjadi pembela agama dan bangsa. Mereka kemudian mengadakan pertemuan bersama Setiausaha Politik Menteri Kewangan yang turut diiringi oleh Sdr Ketua Eksekutif dan Sdr Setiausaha Agung ABIM.
Tuesday, January 27, 2026
03 Oktober, 2023: Selamat datang kepada ahli panel MQA untuk audit Diploma Kaunseling dan Psikologi KDH
03 Oktober, 2023: Pihak Kolej mengucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan kepada ahli panel MQA yang telah mengadakan audit Diploma Kaunseling dan Psikologi KDH. Ahli panel MQA terdiri daripada Ybrs. Dr Edris Aden dari Universiti Malaysia Sarawak dan Puan Agnis Sombuling dari Universiti Malaysia Sabah. Pihak MQA pula diwakili oleh Cik Nuraqilah Jamalullail dan Puan Noor Niana M Shahrin. Pihak Kolej akan segera mengambil tindakan atas beberapa cadangan penambaikkan yang telah dikemukakan oleh pihak MQA. Sdr Ketua Eksekutif mewakili Dato Presiden mengucapkan syabas dan tahniah kepada seluruh warga Kolej yang telah membuat persiapan yang terbaik.
30 September, 2023: Selamat melangsungkan perkahwinan kepadaPn Nur Aqilah Haijasi
30 September, 2023: Seluruh warga Kolej mengucapkan tahniah kepada Pn Nur Aqilah Haijasi dan Tn Muhammad Hazique Ahsyraf yang telah selamat melangsungkan perkahwinan. Pn Nur Aqilah adalah Pensyarah Pendidikan Awal Kanak-kanak KDH. Kami semua mendoakan dengan doa "BARAKALLAH LAKA WA BARAKA 'ALAIKA WA JAMA'A BAINAKUMA FIL KHAIR” (semoga Allah memberi berkah kepadamu dan keberkahan atas pernikahan kamu, dan mengumpulkan kalian berdua dalam kebaikan).
29 September, 2023: Lawatan Wakil Rektor Institut Agama Islam An-Nawawi Purworejo
29 September, 2023: Pihak Kolej mengucapkan selamat datang kepada YBhg. Bapak H.M. Mustahal, Lc. MIS, mewakili Rektor Institut Agama Islam An-Nawawi Purworejo (https://iaiannawawi.ac.id) dalam rangka menjalin kerjasama antara kedua-dua institusi. Pihak Kolej juga mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian Bapak H.M. Mustahal untuk membantu mempromosi dan mendapatkan para pelajar untuk menyambung pengajian di KDH. Pihak Kolej sedang merancang untuk menghantar pasukan pemasaran untuk melawat dan memberi taklimat kepada pasentren dan madrasah disekitar Yogyakarta dan Jawa Tengah. Perjanjian Persefahaman (MOU) telah ditandatangani sebagai simbolik kerjasama antara kedua-dua institusi.
28 September, 2023: Perbincangan dengan Masjid Mahmoodiah Presint 18, Putrajaya untuk penganjuran Kursus Pensijilan Maqasid Shariah
28 September, 2023: Pihak Kolej telah memulakan perbincangan dengan Masjid Mahmoodiah Presint 18, Putrajaya untuk berkerjasama menganjurkan Kursus Pensijilan Maqasid Shariah. Pertemuan telah dihadiri oleh YBhg. Hj Shaiful Jaafar, Pengerusi AJK Masjid bersama Tuan Imam dan AJK yang lain. Pihak KDH pula telah diwakili oleh Sdr. Ketua Eksekutif, Pengarah Akademi KDH, Pengarah Akademik dan Pengarah Pengurusan. Kursus ini direncanakan untuk dimulakan diawal bulan November, 2023 selama 10 minggu. Maklumat lanjut akan dimaklumkan dalam waktu terdekat.. Pertemuan telah dihadiri oleh YBhg. Hj Shaiful Jaafar, Pengerusi AJK Masjid bersama Tuan Imam dan AJK yang lain. Pihak KDH pula telah diwakili oleh Sdr. Ketua Eksekutif, Pengarah Akademi KDH, Pengarah Akademik dan Pengarah Pengurusan. Kursus ini direncanakan untuk dimulakan diawal bulan November, 2023 selama 10 minggu. Maklumat lanjut akan dimaklumkan dalam waktu terdekat.
27 September, 2023: Siri Syarahan Tokoh bersama YBhg Prof. Dr. Mohd Radhi bin Ibrahim, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
27 September, 2023: Pihak Kolej telah menganjurkan Siri Syarahan Tokoh dengan menjemput Yang Berbahagia Prof. Dr. Mohd Radhi bin Ibrahim, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) untuk menyampaikan syarahan bertajuk ‘Integrasi ilmu dalam Sistem Pendidikan Islamik.’ Prof. Dr. Mohd Radhi telah mengupas hubungan antara ilmu aqli dan nakli dan bagaimana keduanya adalah asas untuk melahirkan insan yang bertaqwa. Prof. Dr. M. Radhi juga menasihatkan para mahasiswa untuk mengamalkan ilmu yang dipelajari kerana menurut beliau ilmu yang tidak diamalkan adalah umpama pokok yang tidak berbuah. Siri Syarahan ini telah dihadiri oleh semua pensyarah, staff dan pelajar Diploma KDH. Turut hadir ialah mahasiswa dari UIN Imam Bonjol yang kini sedang mengikuti Latihan di Sekolah Rendah dan Menengah ABIM Sungai Ramal. Pihak Kolej mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berbahagia Prof. Dr. Mohd Radhi bin Ibrahim atas kesudian beliau memenuhi undangan untuk menyampaikan syarahan.
26 September, 2023: Majlis Ziarah dan Dialog bersama Warga Kolej bersama YB Tuan Syahredzan Johan, Ahli Parlimen Bangi
26 September, 2023: Ribuan terima kasih kepada YB Tuan Syahredzan Johan, Ahli Parlimen Bangi dan Cik Nor Zulaila Abd Ghani, Ahli Majlis Majlis Perbandaran Kajang, yang telah sudi datang ke Majlis Ziarah dan Dialog bersama Warga Kolej. Prof. Dato’ Dr. Muhammad Nur Manuty mengalu-alukan kehadiran para tetamu dan menyatakan komitmen pihak Kolej untuk membantu dan bersama YB Parlimen Bangi dalam usaha membangun masyarakat yang berilmu dan sejahtera. YB Tuan Syahredzan mengucapkan terima kasih atas sambutan hangat yang diberikan oleh pihak Kolej. Beliau berkongsi visi ‘Bangi Madani’ dimana kawasan Parlimen Bangi akan menjadi kawasan contoh perlaksanaan gagasan Malaysia Madani. Beberapa projek seperti membaikpulih perpustakaan awam, kawasan rekreasi seperti padang dan sungai, dan kawasan taman perumahan telah dikenalpasti untuk dijadikan ‘showcase’ atau projek contoh ‘Bangi Madani.’ Beliau juga mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas saranan dan pandangan yang telah dikemukakan oleh para warga Kolej yang hadir dalam pertemuan hari ini.
20 September, 2023: Seminar Dakwah dan Pemikiran Madani
20 September, 2023: Pihak Kolej mengalu-alukan kedatangan Prof. Dr. H. Idrus Ruslan, M.Ag, Wakil Rektor Bidang Kemahasiswaan dan Kerja Sama dan Dr. H. Abdul Syukur, M.Ag, Dekan Fakultas Dakwah dan Ilmu Komunikasi, UIN Raden Intan Lampung ke Kolej Dar al-Hikmah. Seminar Dakwah dan Pemikiran Madani telah dianjurkan dimana kedua-dua tokoh bersama Dato’ Presiden Kolej Dar al-Hikmah telah membentangkan tajuk-tajuk berikut:
Pembentangan 1: “Gagasan Madani Sebagai Penerus Agenda
Islah dan Tajdid”
Prof. Dato’ Dr. Muhammad Nur Manuty, Presiden Kolej Dar al-Hikmah
Pembentangan 2: "Moderasi Beragama Pada Masyarakat
Multikultural"
Pembentangan 3: "Urgensi Filologi untuk Pengayaan
Materi Dakwah di Nusantara"
Dr. H. Abdul Syukur, M.Ag, Dekan Fakultas Dakwah dan Ilmu
Komunikasi, UIN Raden Intan Lampung













































