19 Disember, 2023: Majlis Amanat Presiden dan Kesyukuran telah diadakan bersempena dengan perhimpunan bulanan warga Kolej. YBhg. Dato’ Presiden mengucapkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada warga Kolej atas komitmen dan pengorbanan yang telah disumbangkan kepada Kolej. Dato’ Presiden turut menyatakan semua warga Kolej harus bersedia untuk menyumbang dengan lebih maksimum khususnya dalam mengisi peluang dan ruang yang ada.
Turut diundang hadir di majlis ini ialah saudara Ahmad Fahmi Mohd Samsudin, Presiden ABIM yang baru dipilih. Beliau mengucapkan terima kasih atas undangan dan berharap pihak Kolej akan terus sukses dan menjadi satu kebanggaan buat semua warga jamaah. Beliau juga menyatakan kesemua agensi jamaah PKPIM, ABIM dan WADAH harus dilihat sebagai satu pasukan besar yang mempunyai kekuatan yang tersendiri. Beliau turut menambah dinamika perubahan pimpinan dalam WAP adalah merupakan satu keunikan dan kekuatan yang tidak dimiliki oleh organisasi yang lain.
Majlis juga meraikan sambutan ulangtahun kelahiran Dato’
Presiden yang ke 74. Seluruh warga Kolej mendoakan semoga Allah SWT terus
mengurniakan kesihatan dan kekuatan kepada YBhg Dato’ Presiden untuk terus
menyumbang membangun umat.










No comments:
Post a Comment