09 Disember, 2023: Pihak Kolej mengucapkan ribuan terima kasih dan setinggi penghargaan kepada para ahli panel dan peserta Seminar dan Bengkel Amalan Adab dan Bakti Al Hikmah dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak yang diadakan pada hari Sabtu, 9 Disember, 2023 di Dewan Kuliah 12, Dewan Temasik, Kolej Universiti Islam Sultan Ismail Petra, Kelantan. Seminar ini dianjurkan dengan matlamat untuk berkongsi ilmu dan pengalaman disamping memperluas jaringan antara pengusaha dan guru-guru tadika diseluruh negeri Kelantan.
Puan Hajah Rohana Kamarudin, Pengarah Akademi KDH telah menyampaikan Ucapan Perasmian diikuti dengan perkongsian ilmu oleh ahli panel yang terdiri dari Datin Zainol Sulaiman (Amalan Harian Yang Dititikberatkan Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak) dan Dr Noor Hisham Bin Md Nawi (Indahnya Dididikan Awal Anak Cara Islam). Sesi kedua pula berkaitan dengan “Cabaran dalam mendidik anak beradab di dalam tadika dan taska” yang menampilkan Puan Maizatul Fatin (Pengusaha Taska) dan Puan Fatimah Al Zahara (Pengusaha Tadika). Sesi petang adalah sesi bengkel “Model ADAB dan BAKTI bagi Prasekolah” yang dikendalikan oleh Puan Hajah Rohana Kamaruddin.












No comments:
Post a Comment