08 Disember, 2023: Pihak Pengurusan Kolej mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh pelajar Diploma dan Pintas SPM atas bantuan dan sokongan menjayakan semua program dan aktiviti Kolej disepanjang tahun 2023. Ucapan ini disampaikan oleh saudara Ketua Eksekutif dalam Majlis Perhimpunan Warga Kolej yang diadakan pada Jumaat, 8hb Disember, 2023. Beliau melahirkan rasa bangga atas komitmen yang telah diberikan oleh semua pelajar. Beliau mengucapkan selamat pulang bercuti kepada para pelajar Diploma dan mengharapkan masa yang terluang digunakan sebaiknya. Beliau juga mengucapkan selamat membuat persiapan untuk menghadapi peperiksaan kepada para pelajar Pintas SPM.
Dalam majlis yang sama, Ustaz Mohd Nasir Mohd Tap,
Pensyarah Kanan Kolej telah menyampaikan tazkirah mengenai perjuangan rakyat
Palestine. Beliau mengharapkan para pelajar dan semua warga Kolej mendalami
sejarah perjuangan rakyat Palestine dan seterusnya dapat memberi penerangan dan
maklumat yang lebih mendalam kepada ahli keluarga dan rakan sebaya. Ustaz
Shahrul Hizam Mokhtar sebagai Ketua Pengarah Akademik KDH pula memberi taklimat
mengenai beberapa perkara berkaitan akademik dan tarikh-tarikh berkaitan cuti
disepanjang bulan Disember 2023 dan Januari 2024.




No comments:
Post a Comment