Wednesday, May 17, 2023

08 Mei, 2023: Mesyuarat Siri I Citra al-Hikmah Akademi KDH

08 Mei, 2023: Mesyuarat Siri I Citra al-Hikmah Akademi KDH telah diadakan pada hari Isnin, 8hb Mei, 2023 di Bilik Seminar KDH yang melibatkan wakil-wakil dari agensi Pendidikan Wadah, ABIM dan PKPIM (WAP). Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Pn Hajjad Rohana Kamaruddin, Pengarah Akademi KDH-Citra al-Hikmah dan turut dihadiri oleh Ketua Eksekutif KDH. Akademi KDH-Citra Al-Hikmah ditubuhkan bagi menyelaraskan gerakerja dalam merealisasikan pembudayaan kesepaduan ilmu berlandaskan Pendidikan al-Hikmah dan memasyarakatkan gagasan rahmatan lil-alamin dalam pemikiran dan tindakan di organisasi pendidikan jamaah Wadah, ABIM dan PKPIM dan juga masyarakat umum.

Sdr. Ketua Eksekutif KDH dalam ucapan alu-alaun beliau mengucapkan terima kasih atas komitmen dan kehadiran semua ahli mesyuarat. Beliau menyatakan berdasarkan pengalaman institusi pendidikan WAP yang telah melebihi 40 tahun, WAP berkemampuan untuk menawarkan satu model pendidikan yang boleh digunapakai diseluruh negara. Beliau mengharapkan kerjasama yang mantap dan semangat berpasukan yang tinggi dari kesemua yang terlibat untuk bersama mengisi ruang dan peluang yang tersedia pada hari ini. Mesyuarat diakhiri dengan sesi berfoto yang turut dihadiri oleh Ybhg Prof. Dato’ Dr. Muhammad Nur Manuty, Presiden KDH.












No comments:

Post a Comment