02 Mei, 2023: Bagi pihak Prof. Dato’ Dr. Muhammad Nur
Manuty, kami mengucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan kepada YB Menteri
Luar dan Puan Seri kerana sudi menerima kunjungan tidak resmi pihak Kolej ke
kediaman rasmi Menteri Luar di Putrajaya. Antara tujuan ziarah ialah untuk
mendapatkan pandangan awal mengenai penganjuran Seminar Antarabangsa Pemikiran
dan Sumbangan Tan Sri Prof. Dr. M. Kamal Hasan dan Prof. Dato’ Dr. Siddiq
Fadhil. Seminar ini dianjurkan selari dengan saranan YAB Perdana Menteri yang
meminta pihak Kolej untuk mengangkat wacana pemikiran umat Islam khususnya di
Malaysia ketahap yang lebih ‘substantif’ dan segar. Seminar ini akan dianjurkan
dengan beberapa institusi lain khususnya Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
(UIAM) dan Universiti Sultan Azlan Shah (USAS). YB Menteri Luar yang mempunyai
hubungan rapat dengan kedua-dua tokoh telah memberikan komitmen dan sokongan
penuh untuk memastikan kejayaan penganjuran seminar ini.
Wednesday, May 17, 2023
02 Mei, 2023: Ziarah YB Menteri Luar
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
.jpeg)
.jpeg)


No comments:
Post a Comment