29 Mac, 2023: Terima kasih kepada Sdr. Ahmad Farhan Rosli,
Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
bersama 30 orang pimpinan PKPIM kerana sudi menziarahi Kolej Dar al-Hikmah pada
hari Rabu, 29 Mac, 2023. Program ziarah dimulai dengan perbincangan bersama
Ketua Eksekutif Kolej Dar al-Hikmah dimana beberapa persetujuan telah dicapai
antaranya menganjurkan siri latihan kepimpinan yang melibatkan pelajar KDH.
Majlis kemudiaan diikuti dengan Tausiah Ramadan yang disampaikan oleh Sdr.
Ahmad Farhan dimana beliau meperingatkan kepentingan menjaga amalan sunat
khususnya solat malam di bulan yang penuh barakah ini. Hadirin kemudian berbuka
ringan diikuti dengan solat Maghrib. Makan malam berjamaah diadakan di dewan
besar KDH diikuti dengan solat Isha dan Tarawih. Pertemuan mesra adalah
pimpinan PKPIM dan pelajar KDH adalah satu permulaan yang baik kepada program
dan aktiviti yang lebih bermakna anjuran kedua-dua institusi di masa hadapan.
Wednesday, May 17, 2023
29 Mac, 2023 : Lawatan PKPIM dan Majlis Iftar Bersama
Subscribe to:
Post Comments (Atom)








No comments:
Post a Comment