Wednesday, May 17, 2023

14 Mac, 2023 : Seminar Kebangsaan Kefahaman Madani dan Pelancaran Pembukaan KSKCare Centre

14 Mac 2023: Pihak Kolej Dar al-Hikmah merakamkan ucapan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada Yang Berhormat Senator Dato' Setia Dr. Haji Mohd Na'im Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal-ehwal Agama) dan Datuk Hajah Hakimah Mohd Yusoff, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) kerana sudi hadir ke KDH untuk merasmikan Seminar Kebangsaan Kefahaman Madani dan Pelancaran Pembukaan KSKCare Centre. 

Dalam Ucaptama beliau, YB Menteri mengucapkan tahniah dan syabas kepada pihak JAKIM, JAIS, KDH, para pembentang dan semua organisasi/agensi yang terlibat menjayakan seminar ini. YB Menteri menyatakan masyarakat kini sedang menghadapi cabaran ‘kemurungan’ pasca pandemik Covid-19. Justuru, kerajaan khususnya JAKIM sedang berusaha memberikan penyelesaian yang terbaik untuk menghadapi cabaran ini. Salah satu usaha yang dilakukan ialah dengan menubuhkan pusat rawatan kaunseling Islam dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri dan rakan kongsi yang lain. 

KDH berasa bangga kerana dipilih untuk menjadi rakan kongsi dalam usaha ini. Pihak KDH iltizam untuk memberikan perkhidmatan kaunseling Islam kepada masyarakat setempat dan menjadi contoh kepada institusi dan agensi yang lain.

Pihak KDH juga mengucapkan terimakasih kepada penyumbang dana seperti Yayasan Taqwa MAIWP, YADIM, SALWA dan orang perseorangan. Terimakasih juga diucapakan kepada para pembentang dan peserta yang hadir.
































No comments:

Post a Comment