Wednesday, May 17, 2023

Majlis Rumah Terbuka Eidul Fitr KDH - 17 Mei, 20223


12 Mei, 2023 : Rumah Terbuka IIIT

12 Mei, 2023: Pihak Kolej mengucapkan ribuan terima kasih kepada International Institute Of Islamic Thought – East and Southeast Asia Office atas undangan menghadiri rumah terbuka Eidul Fitri yang diadakan pada hari Jumaat, 12 Mei 2023 di ISTAC, Kuala Lumpur. Pihak Kolej telah diwakili oleh Ybhg Prof. Dato’ Dr. Muhammad Nur Manuty dan pengurusan kanan Kolej. 

Prof. Dato’ Dr. Muhammad Nur Manuty juga telah mengadakan perbincangan bersama Prof. Dr. Omar H. Kasule, Setiausaha Agung IIIT dalam sesi sarapan bersama di hotel penginapan beliau. Prof. Dr. Omar H. Kasule telah memberikan komitmen untuk membantu pihak Kolej khususnya dalam bidang penyelidikan dan penyediaan buku teks. 



Majlis Rumah Terbuka Ketua Eksekutif - 16 Mei, 2023


08 Mei, 2023: Mesyuarat Siri I Citra al-Hikmah Akademi KDH

08 Mei, 2023: Mesyuarat Siri I Citra al-Hikmah Akademi KDH telah diadakan pada hari Isnin, 8hb Mei, 2023 di Bilik Seminar KDH yang melibatkan wakil-wakil dari agensi Pendidikan Wadah, ABIM dan PKPIM (WAP). Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Pn Hajjad Rohana Kamaruddin, Pengarah Akademi KDH-Citra al-Hikmah dan turut dihadiri oleh Ketua Eksekutif KDH. Akademi KDH-Citra Al-Hikmah ditubuhkan bagi menyelaraskan gerakerja dalam merealisasikan pembudayaan kesepaduan ilmu berlandaskan Pendidikan al-Hikmah dan memasyarakatkan gagasan rahmatan lil-alamin dalam pemikiran dan tindakan di organisasi pendidikan jamaah Wadah, ABIM dan PKPIM dan juga masyarakat umum.

Sdr. Ketua Eksekutif KDH dalam ucapan alu-alaun beliau mengucapkan terima kasih atas komitmen dan kehadiran semua ahli mesyuarat. Beliau menyatakan berdasarkan pengalaman institusi pendidikan WAP yang telah melebihi 40 tahun, WAP berkemampuan untuk menawarkan satu model pendidikan yang boleh digunapakai diseluruh negara. Beliau mengharapkan kerjasama yang mantap dan semangat berpasukan yang tinggi dari kesemua yang terlibat untuk bersama mengisi ruang dan peluang yang tersedia pada hari ini. Mesyuarat diakhiri dengan sesi berfoto yang turut dihadiri oleh Ybhg Prof. Dato’ Dr. Muhammad Nur Manuty, Presiden KDH.



08 Mei, 2023: Perbincangan Baik Pulih Kolej bersama Arkikraf Sdn Bhd

08 Mei, 2023: Perbincangan lanjut untuk memulakan projek baik pulih Kolej Dar al-Hikmah telah diadakan pada hari Isnin, 8hb Mei 2023 yang telah dihadiri oleh saudara Suffian Shahabuddin dan Suffi Khairi dari Arkikraf Sdn Bhd yang telah dilantik sebagai arkitek perunding KDH. Beberapa saranan telah dikemukakan untuk memastikan projek baik pulih akan berjalan dengan lancar.

Mesyuarat kemudian diundang ke Putrajaya untuk perbincangan lanjut bersama YB Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, SUPOL YAB Perdana Menteri dan Dr. Muhammad Razak Idris, SUPOL YB Menteri Agama. Kami memohon doa dari semua semoga Allah swt mempermudahkan segala urusan untuk menjayakan projek baik pulih ini dalam agenda mengangkat martabat pendidikan Islam di negara kita.




02 Mei, 2023: Ziarah YB Menteri Luar

02 Mei, 2023: Bagi pihak Prof. Dato’ Dr. Muhammad Nur Manuty, kami mengucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan kepada YB Menteri Luar dan Puan Seri kerana sudi menerima kunjungan tidak resmi pihak Kolej ke kediaman rasmi Menteri Luar di Putrajaya. Antara tujuan ziarah ialah untuk mendapatkan pandangan awal mengenai penganjuran Seminar Antarabangsa Pemikiran dan Sumbangan Tan Sri Prof. Dr. M. Kamal Hasan dan Prof. Dato’ Dr. Siddiq Fadhil. Seminar ini dianjurkan selari dengan saranan YAB Perdana Menteri yang meminta pihak Kolej untuk mengangkat wacana pemikiran umat Islam khususnya di Malaysia ketahap yang lebih ‘substantif’ dan segar. Seminar ini akan dianjurkan dengan beberapa institusi lain khususnya Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Sultan Azlan Shah (USAS). YB Menteri Luar yang mempunyai hubungan rapat dengan kedua-dua tokoh telah memberikan komitmen dan sokongan penuh untuk memastikan kejayaan penganjuran seminar ini.







01 Mei, 2023: Lawatan Delegasi Markaz Knowledge City, Kozhikode, Kerala

01 Mei, 2023: Pihak Kolej mengalu-alukan delegasi dari Markaz Knowledge City, Kozhikode, Kerala (https://youtu.be/k2kZhBdD61s). Mereka dalam rangka lawatan menjalin kerjasama dengan berbagai institusi pendidikan tinggi di Malaysia.  Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah melawat institusi ini pada bulan Oktober, 20222 atas undangan Ketua Mufti Majlis Ulama India (https://fb.watch/ke1wKp-Bz0/?mibextid=Nif5oz).

Prof. Dato’ Dr. Muhammad Nur Manuty mengalu-alukan delegasi yang hadir dan mendoakan semoga kerjasama antara Markaz Knowledge City dan Kolej Dar al-Hikmah akan memberi kebaikan kepada semua. Prof. Abdul Salam, CEO Markaz Knowledge City dalam ucapan balas beliau mengucapkan terima kasih atas resepsi hangat yang diberikan dan bersedia untuk sebarang kerjasama dimasa hadapan.

Majlis resepsi ringkas ini turut dihadiri oleh YB Ustaz Zawawi Mughni, EXCO Kerajaan Negeri Selangor, Dr. M. Razak Idris, SUPOL Menteri Agama, Tuan Ameer Ali, Ketua Eksekutif YaPEIM dan wakil pengurusan KDH.




19 April, 2023 : Majlis Iftar Amal dan Pelancaran Tabung Pendidikan dan Baik Pulih KDH

19 April, 2023 : Bagi pihak Dato Presiden dan seluruh warga Kolej Dar al-Hikmah, kami ingin merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan setulusnya kepada YAB Perdana Menteri, para penyumbang, para pimpinan dan tokoh masyarakat, dan para tetamu atas kehadiran di Majlis Iftar Amal dan Pelancaran Tabung Pendidikan dan Baik Pulih KDH.

Kami sangat terharu dengan sokongan padu dari YAB Perdana Menteri baik dari segi kewangan dan juga moral. Kami merasa sangat terpanggil dengan seruan YAB Perdana Menteri yang meminta warga Kolej untuk melipatgandakan sumbangan keilmuan dalam usaha mendidik masyarakat. Masyarakat kini dimomokkan dengan wacana dangkal dan mempersendakan agama. Wacana membasmi kemiskinan, membersihkan negara dari amalan rasuah dan lain-lain wacana, harus diperjuangkan dalam konteks dan pemahaman yang sebenar.

Kami masih mengalu-alukan sumbangan dari semua. Sumbangan boleh disalurkan secara online dipautan https://toyyibpay.com/Majlis-Iftar-Amal-KDH atau ke akaun Kolej Dar al-Hikmah di 12029010053297 Bank Islam Malaysia Berhad. Sila kirim resit pindahan wang beserta nama penyumbang kepada 0123820315  (Pn. Maznah) atau 0193300710  (Pn. Norasmawati).



13 April, 2023: Program Ziarah Ramadan - Tuan Haji Md. Fuad Bahari

13 April, 2023: Bersempena dengan bulan Ramadan yang penuh berkah ini, pihak Kolej telah menganjurkan Program Ziarah kasih Ramadan dengan menziarahi tokoh-tokoh yang telah banyak menyumbang kepada Kolej. Antara tokoh-tokoh yang telah diziarahi ialah Dr. Abdul Rahman Kurais, Tuan Haji Abd Rahman Abd Karem dan Tuan Haji Ahmad Mohamad Said.

Pada hari Khamis yang lepas, pihak Pengurusan Kolej telah menziarahi Tuan Haji Md. Fuad Bahari, mantan Ketua Eksekutif KDH di kediaman beliau di Shah Alam. Turut serta dalam ziarah ini ialah Prof. Dr. Ghazali Basri dan Prof. Dr. Noriah Mohamed. Kami mendoakan semoga yang dikasihi Tuan Haji Md. Fuad Bahari akan segera sembuh dan terus dikurniakan kesihatan yang baik dan kekuatan oleh Allah swt.






13 April, 2023: Panel program ‘Hiwar Maqasidi’

13 April, 2023: Pihak Kolej mengucapkan terima kasih kepada Institut Darul Ehsan (IDE) kerana telah mengundang Saudara Shahran Kasim, Ketua Eksekutif KDH untuk menjadi panel program ‘Hiwar Maqasidi’ yang disiarkan secara langsung di laman Youtube IDE. Siri ini dikendalikan oleh Ustaz Noh Zulamsyar Hj Jamali, Pegawai Eksekutif Maqasid IDE.

Perbincangan kali ini adalah berkisar mengenai buku kecil karangan Dr. Muhammad Abdullah Diraz yang bertajuk ‘Selamat Berangkat Duhai Ramadan’ yang diterjemahkan oleh Syah Nazrin dan diterbitkan oleh Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).

Rakaman program ini boleh diikuti di https://www.youtube.com/watch?v=3p5mwx-apgQ manakala buku pula boleh dimuat turun di https://drive.google.com/file/d/1WGrMIVOFvOkUm91vhx7It-neY6waj14z/view?fbclid=IwAR1xKh4BEe-GVght4k4EwNu13ftOh-zA6X9kJZ_UNuobgAn5kEUgLVkGsFA .

Pihak Kolej mendoakan semoga IDE akan terus sukses menganjurkan siri-siri sebegini yang akan menjadi bahan rujukan masyarakat.








12 April, 2023: Lawatan Vice Chancellor International University of Africa

12 April, 2023: Pihak Kolej sangat berbahagia menerima kehadiran Prof. Dr. Hatim Osman Mohamed Kheir Hamid, Vice Chancellor International University of Africa dan Dr. Wan Muhamad Adam Wan Norudin, Presiden Persatuan Alumni  Malaysia-Sudan. Prof. Dr. Hatim adalah dalam rangka lawatan ke beberapa buah universiti di Thailand, Indonesia dan Malaysia untuk menjalin hubungan dan kerjasama yang lebih erat. Satu Memorandum Persefahaman (MOU) telah ditandatangani antara Kolej Dar al-Hikmah dan International University of Africa. Prof. Dr. Hatim dengan besar hatinya mengundang para pelajar di KDH untuk menyambung pengajian di Sudan khususnya di IUA. Beliau juga menawarkan bantuan pendidikan untuk pelajar-pelajar yang layak dan memerlukan.




07 April, 2023 : Iftar di Seri Perdana bersama YAB Perdana Menteri










01 April, 2023 : Majlis Iftar KDH

01 April, 2023 : Terima kasih kepada semua yang menghadiri Majlis Iftar KDH khususnya para pelajar diploma yang akan mengambil peperiksaan akhir semester dan akan bercuti panjang. Kami mendoakan semoga semuanya berjaya dalam peperiksaan, insha Allah.

Terima kasih juga kepada Y. Bhg Prof. Dato Dr. Osman Bakar yang telah memberikan tazkirah secara dalam talian. Beliau menegaskan ketaqwaan adalah perkara asas dalam ajaran agama khususnya berkaitan dengan bulan Ramadan yang mulia. Taqwa juga hendaklah dijadikan kayu ukur dalam pembinaan Malaysia Madani dimana keseluruhan objektif Malaysia Madani adalah untuk mempertingkat ketaqwaan bagi yang beragama Islam.

Prof. Dato’ Dr. Muhammad Nur Manuty dalam ucapan alu-aluan beliau mengajak semua yang hadir mempertingkatkan amal ibadah kerana hari-hari bulan Ramadan yang terbaki akan segera berlalu. Terima kasih kepada semua warga KDH yang telah bekerjasama menjayakan Majlis yang sederhana tapi sangat bermakna.



29 Mac, 2023 : Lawatan PKPIM dan Majlis Iftar Bersama

29 Mac, 2023: Terima kasih kepada Sdr. Ahmad Farhan Rosli, Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) bersama 30 orang pimpinan PKPIM kerana sudi menziarahi Kolej Dar al-Hikmah pada hari Rabu, 29 Mac, 2023. Program ziarah dimulai dengan perbincangan bersama Ketua Eksekutif Kolej Dar al-Hikmah dimana beberapa persetujuan telah dicapai antaranya menganjurkan siri latihan kepimpinan yang melibatkan pelajar KDH. Majlis kemudiaan diikuti dengan Tausiah Ramadan yang disampaikan oleh Sdr. Ahmad Farhan dimana beliau meperingatkan kepentingan menjaga amalan sunat khususnya solat malam di bulan yang penuh barakah ini. Hadirin kemudian berbuka ringan diikuti dengan solat Maghrib. Makan malam berjamaah diadakan di dewan besar KDH diikuti dengan solat Isha dan Tarawih. Pertemuan mesra adalah pimpinan PKPIM dan pelajar KDH adalah satu permulaan yang baik kepada program dan aktiviti yang lebih bermakna anjuran kedua-dua institusi di masa hadapan.




23 Mac 2023: Majlis Pelancaran Infaq Ramadan

23 Mac 2023: Pihak Kolej telah mengadakan Majlis Pelancaran Infaq Ramadan diikuti dengan Majlis Tausiah yang disampaikan oleh Prof. Dato’ Dr. Muhammad Nur Manuty. Kempen Infaq Ramadan 1444H mensasarkan kutipan sebanyak RM2.5 juta untuk Dana Baik Pulih Bangunan dan Dana Kebajikan Pelajar. Dato’ Presiden KDH kemudiannya memberikan tausiah ringkas Ramadan kepada seluruh warga KDH dimana beliau mengajak seluruh warga mempertingkatkan kualiti puasa dari puasa umum kepada puasa khusus sepertimana yang dianjurkan oleh Imam Al Ghazali. Beliau juga menyeru agar pembacaan Al Qur’an disepanjang Ramadan diikuti juga dengan memahami makna dan tafsir ayat-ayat yang dibaca. Beliau kemudiannya menyampaikan sumbangan kurma kepada seluruh warga Kolej yang terdiri dari pesnyarah, pentadbir dan juga pelajar.




21 Mac 2023: Lawatan International Scholars Forum for Palestine

21 Mac 2023: Pihak Kolej mengucapkan selamat datang kepada delegasi dari International Scholars Forum for Palestine yang telah sudi melawat KDH dan mengadakan perbincangan untuk manfaat bersama. Delegasi ini disertai oleh:

 1. Sheikh Dr. Abdullah Kattamto, Coordinator of the International Scholars Forum for Palestine dan  Vice President of the Levant Scholars Union.

 2. Sheikh Dr. Alaeddin Zaatari, Lecturer in Islamic universities dan Former Director of Iftaa in Syria

3. Sheikh Dr. Abdullah Ghazzawi, Lecturer in Islamic universities dan member of the Palestinian Scholars Council in Lebanon.

 4. Sheikh Dr. Bashar Al-Ali, a preacher in the mosques of Beirut and Mount Lebanon dan the director of the Islamic secondary school in Beirut.