Wednesday, February 18, 2026

20 Disember, 2023: Lawatan dari Norol Iman High School, Kemboja

20 Disember, 2023: Selamat Datang diucapkan kepada para pelajar dari Norol Iman High School, Kemboja ke Kolej Dar al-Hikmah. Mereka diiringi oleh Ustaz Him Komry, Vice President of Cambodian Muslim Cooperatives dan Ustazah Dr. Faridah Yaakob, Naib Mudir Norol Iman. Turut hadir menyambut kedatangan mereka ialah Prof. Dr. Rosnani Hashim yang telah mengadakan beberapa siri bengkel latihan di sekolah Norol Iman. Pihak Kolej mengucapkan selamat maju jaya kepada semua pelajar dan berharap mereka akan dapat menyambung pengajian di KDH di masa hadapan.

Norol Iman High School ditubuhkan pada tahun 2009 dan telah melalui beberapa proses pembangunan fizikal hasil sumbangan dari berbagai pihak. Buat masa ini Norol Iman mempunyai 1,000 orang pelajar dengan 90 orang guru. Disamping pelajaran akademik dan agama, Norol Iman juga menyediakan program-program latihan kepimpinan khususnya dalam pembinaan akhlak dan penglibatan dalam komuniti. Alumni Norol Iman telah menyambung pengajian diberbagai universiti di Kemboja dan juga luar negara. Mereka juga telah berjaya membina kerjaya diberbagai sektor di Kemboja. Syabas dan tahniah diucapkan kepada Norol Iman High School.


20 Disember, 2023: Lawatan ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk bekerjasama menawarkan Kursus Pensijilan Maqasid al-Shari’ah

20 Disember, 2023: Pihak Kolej telah mengadakan perbincangan lanjut dengan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk bekerjasama menawarkan Kursus Pensijilan Maqasid al-Shari’ah secara atas talian. YBhg. Ustaz Kamaldin bin Mohd Damin, Timbalan Pengarah (Operasi) JAWI menyambut baik kursus yang ditawarkan dan akan bersama membantu untuk mempromosi kursus berkenaan kepada seluruh masjid dan surau di Wilayah Persekutuan.

Selain Kursus Pensijilan Maqasid al-Shari’ah, pihak KDH juga menawarkan tiga kursus lain iaitu:

PENSIJILAN IMAM YUSUF AL-QARADHAWI (Siri 3)

PENSIJILAN ASAS PEMIKIRAN MADANI

PENSIJILAN ASAS KAUNSELING ISLAM

Kursus-kursus ini terbuka kepada kepada umum tanpa mengira umur dan kelayakan akademik. 

Peserta yang berminat dipersilakan mendaftar di https://bit.ly/KDH-Pensijilan2024 . 

Peserta yang telah mendaftar akan dimasukkan ke dalam grup WhatsApp mengikut kursus yang telah dipilih.

Penyertaan untuk tiga minggu adalah percuma. Maklumat lanjut akan dimaklumkan melalui grup WhatsApp dari masa kesemasa.

Kuliah dijangka bermula pada 14 Januari, 2024. Pihak kami akan memaklumkan jika ada sebarang perubahan tarikh.

Maklumat lanjut: +60 18-278 8427 (Sdr Zikrun)



19 Disember, 2023: Majlis Amanat Presiden dan Kesyukuran

19 Disember, 2023: Majlis Amanat Presiden dan Kesyukuran telah diadakan bersempena dengan perhimpunan bulanan warga Kolej. YBhg. Dato’ Presiden mengucapkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada warga Kolej atas komitmen dan pengorbanan yang telah disumbangkan kepada Kolej. Dato’ Presiden turut menyatakan semua warga Kolej harus bersedia untuk menyumbang dengan lebih maksimum khususnya dalam mengisi peluang dan ruang yang ada.

Turut diundang hadir di majlis ini ialah saudara Ahmad Fahmi Mohd Samsudin, Presiden ABIM yang baru dipilih. Beliau mengucapkan terima kasih atas undangan dan berharap pihak Kolej akan terus sukses dan menjadi satu kebanggaan buat semua warga jamaah. Beliau juga menyatakan kesemua agensi jamaah PKPIM, ABIM dan WADAH harus dilihat sebagai satu pasukan besar yang mempunyai kekuatan yang tersendiri. Beliau turut menambah dinamika perubahan pimpinan dalam WAP adalah merupakan satu keunikan dan kekuatan yang tidak dimiliki oleh organisasi yang lain.

Majlis juga meraikan sambutan ulangtahun kelahiran Dato’ Presiden yang ke 74. Seluruh warga Kolej mendoakan semoga Allah SWT terus mengurniakan kesihatan dan kekuatan kepada YBhg Dato’ Presiden untuk terus menyumbang membangun umat.



18 Disember, 2023: Lawatan Cambodia University of Management and Technology

18 Disember, 2023: Pihak Kolej mengucapkan ribuan terima kasih dan Selamat Datang kepada YBhg H.E. Dr. Hosen Mohamad Farid, President Cambodia University of Management and Technology (https://cumt.edu.kh) yang sudi datang melawat Kolej. Satu Memorandum Persefahaman telah ditandatangani sebagai simbolik permulaan kerjasama diantara kedua-dua institusi.

Menurut Khmer Times, “UMT will be the first tertiary education institution in Cambodia’s history to have Islamic founders, according to Hosen Mohamad Farid, Chairman of the Board of CUMT, an adviser to the Ministry of Cults and Religion. He added that the arrival of CUMT is aimed at assisting Cambodia in improving human resources, which will in turn shape the country’s economy and future. Hosen added that CUMT represents a major contribution to the Islamic community in Cambodia, which has always received strong attention from Mr Hun Sen. Located on Street 598 of Russey Keo district’s Tuol Kork commune, CUMT currently has five departments – science and technology, law and social sciences, business administration, arts, humanities and languages, and rural development.”



12 Disember, 2023: Syabas dan tahniah atas pelantikan Menteri dan Timbalan Menteri

12 Disember, 2023: Seluruh warga Kolej Dar al-Hikmah mengucapkan syabas dan tahniah kepada YB Senator Datuk Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir atas pelantikan sebagai Menteri Pendidikan Tinggi, YB Ts Datuk Mustapha @ Mohd Yunus Sakmud sebagai Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi dan YB Senator Prof. Dr. Zulkifli Hasan sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Kami mendoakan semoga Allah SWT memberikan kekuatan kepada mereka semua untuk menjalankan amanah untuk membangun Ummah. Pihak Kolej akan memberikan kerjasama dan sokongan sepenuhnya kepada semua pihak dalam menjayakan gagasan Malaysia Madani yang dipimpin oleh YAB Perdana Menteri.


09 Disember, 2023: Ijtimak Harakiy ke 7

09 Disember, 2023: Seluruh warga Kolej mengucapkan syabas dan tahniah kepada PKPIM, ABIM dan WADAH khususnya para Ahli Jawatankuasa yang telah menjayakan Ijtimak Harakiy ke 7 yang diadakan pada 9 Disember, 2023 di hotel Everly Putrajaya. Kami juga mengucapkan tahniah kepada Saudara Muhammad Dzul Aiman Zulkefli yang telah dilantik sebagai Presiden PKPIM dan Saudara Ahmad Fahmi Mohd Samsudin yang telah dilantik sebagai Presiden ABIM. Kami mendoakan semoga PKPIM dan ABIM akan terus sakti melaksanakan program-program dakwah dan melahirkan pimpinan muda yang akan menjadi penyelamat ummah.


09 Disember, 2023: Seminar dan Bengkel Amalan Adab dan Bakti Al Hikmah dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak

09 Disember, 2023: Pihak Kolej mengucapkan ribuan terima kasih dan setinggi penghargaan kepada para ahli panel dan peserta Seminar dan Bengkel Amalan Adab dan Bakti Al Hikmah dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak yang diadakan pada hari Sabtu, 9 Disember, 2023 di Dewan Kuliah 12, Dewan Temasik, Kolej Universiti Islam Sultan Ismail Petra, Kelantan. Seminar ini dianjurkan dengan matlamat untuk berkongsi ilmu dan pengalaman disamping memperluas jaringan antara pengusaha dan guru-guru tadika diseluruh negeri Kelantan. 

Puan Hajah Rohana Kamarudin, Pengarah Akademi KDH telah menyampaikan Ucapan Perasmian diikuti dengan perkongsian ilmu oleh ahli panel yang terdiri dari Datin Zainol Sulaiman (Amalan Harian Yang Dititikberatkan Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak) dan Dr Noor Hisham Bin Md Nawi (Indahnya Dididikan Awal Anak Cara Islam). Sesi kedua pula berkaitan dengan “Cabaran dalam mendidik anak beradab di dalam tadika dan taska” yang menampilkan Puan Maizatul Fatin (Pengusaha Taska) dan Puan Fatimah Al Zahara (Pengusaha Tadika).  Sesi petang adalah sesi bengkel “Model ADAB dan BAKTI bagi Prasekolah” yang dikendalikan oleh Puan Hajah Rohana Kamaruddin. 


Sunday, February 15, 2026

08 Disember, 2023: Majlis Perhimpunan Warga Kolej

08 Disember, 2023: Pihak Pengurusan Kolej mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh pelajar Diploma dan Pintas SPM atas bantuan dan sokongan menjayakan semua program dan aktiviti Kolej disepanjang tahun 2023. Ucapan ini disampaikan oleh saudara Ketua Eksekutif dalam Majlis Perhimpunan Warga Kolej yang diadakan pada Jumaat, 8hb Disember, 2023. Beliau melahirkan rasa bangga atas komitmen yang telah diberikan oleh semua pelajar. Beliau mengucapkan selamat pulang bercuti kepada para pelajar Diploma dan mengharapkan masa yang terluang digunakan sebaiknya. Beliau juga mengucapkan selamat membuat persiapan untuk menghadapi peperiksaan kepada para pelajar Pintas SPM.

Dalam majlis yang sama, Ustaz Mohd Nasir Mohd Tap, Pensyarah Kanan Kolej telah menyampaikan tazkirah mengenai perjuangan rakyat Palestine. Beliau mengharapkan para pelajar dan semua warga Kolej mendalami sejarah perjuangan rakyat Palestine dan seterusnya dapat memberi penerangan dan maklumat yang lebih mendalam kepada ahli keluarga dan rakan sebaya. Ustaz Shahrul Hizam Mokhtar sebagai Ketua Pengarah Akademik KDH pula memberi taklimat mengenai beberapa perkara berkaitan akademik dan tarikh-tarikh berkaitan cuti disepanjang bulan Disember 2023 dan Januari 2024.


07 Disember, 2023: MOU antara Kolej Dar al-Hikmah dan Sekolah Tinggi Ilmu Dakwah (SDIT) Mohammad Natsir

07 Disember, 2023: Perjanjian Persefahaman (MOU) antara Kolej Dar al-Hikmah dan Sekolah Tinggi Ilmu Dakwah (SDIT) Mohammad Natsir telah ditandatangani pada hari Khamis, 7 Disember, 2023 di Kampus Putra SDIT Mohammad Natsir, Tambun, Bekasi. Pihak KDH telah diwakili oleh saudara Ketua Eksekutif dan STID Mohammad Natsir diwakili oleh Dr. Dwi Budiman Assiroji, M.Pd.I selaku Rektor. Beberapa hal telah dipersetujui bersama antaranya program kerjasama akademik dan program kerjasama latihan pendakwah. 

Sekolah Tinggi Ilmu Dakwah Mohammad Natsir merupakan kampus pengkaderan dai dan da’iyah yang berada di bawah naungan Dewan Dakwah Islamiyah Indonesia didirikan pada tahun 1999 dengan nama awal Lembaga Pendidikan Dakwah Islam atau disingkat dengan LPD. STID Mohammad Natsir menawarkan berbagai bidang pengajian melalui Prodi Komunikasi Penyiaran Islam (KPI), Prodi Pengembangan Masyarakat Islam (PMI) Prodi Komunikasi Penyiaran Islam (KPI) dan Prodi Pengembangan Masyarakat Islam (PMI). Hingga saat ini para alumni STID Mohammad Natsir telah tersebar di berbagai wilayah di pedalaman perbatasan minoritas muslim dan suku terasi yang ada di Indonesia.

Mahasiswa terlebih dahulu diwajibkan tinggal di asrama pada 2 tahun pertama untuk memperdalam khazanah pokok keislaman serta pembentukan karakter. Pada 2 tahun kedua mahasiswa diwajibkan untuk tinggal di masjid-masjid sekitaran kampus untuk berkhitbah dan membina masyarakat atau disebut dengan komunitas pencinta masjid. Sementara untuk mahasiswi mereka tetap tinggal di asrama namun tetap diwajibkan untuk membina Majelis Taklim dan Taman Pendidikan Alquran di sekitaran kampus Putri. Lulus dari bangku perkuliahan mereka akan ditugaskan untuk berdakwah dan membina masyarakat di pedalaman. Saat ini ada sekitar 700 dai dan da’iyah yang tersebar dan berdakwah di seluruh penjuru Nusantara.


06 Disember, 2023: Kunjungan hormat ke Dewan Da’wah Islamiyah Indonesia (DDII)

 06 Disember, 2023: Saudara Ketua Eksekutif telah mengadakan kunjungan hormat ke Dewan Da’wah Islamiyah Indonesia (DDII) untuk mempererat kerjasama yang telah lama terjalin. Beliau telah disambut dengan hangat oleh Bapak Dr. H. Adian Husaini, M.SI (Ketua Umum), Dr. Mohammad Noer (Wakil Ketua Umum II) dan Dr. H. Imam Zamroji, MA (Wakil Ketua Umum V) dan beberapa pimpinan DDII yang lain. Perbincangan menumpu kearah memperkuatkan latihan dan pembinaan pendakwah yang mampu menghadapi cabaran zaman. Beberapa program kerjasama strategik telah dibincangkan dan akan segera ditindaklanjut untuk perlaksanaan sebaiknya. 

Saudara Ketua Eksekutif juga sempat menghadiri bengkel ‘Membentengi Keluarga dan Umat dari Pendangkalan Aqidah.’  Ketua Dewan Da’wah Bidang Kerukunan Umat Beragama Ustaz Abu Deedat Syihabuddin mengatakan, acara tersebut digelar untuk memberikan bekal para dai khususnya dalam menghadapi berbagai upaya pendangkalan akidah.

“Kegiatan ini merupakan program bidang kerukunan umat beragama, dengan materi seputar bagaimana menangkal upaya pemurtadan, penyesatan akidah dan penistaan agama,” ujar Abu Deedat saat memberikan sambutan.


05 Disember, 2023: Kunjungan hormat ke Pondok Pasentren Darunnajah Jakarta

05 Disember, 2023: Saudara Ketua Eksekutif telah mengadakan kunjungan hormat ke Pondok Pasentren Darunnajah Jakarta dan telah disambut oleh Dr. KH. Sofwan Manaf M.Si. dan K.H. Hadiyanto Arief, S.H., M.B.S. sebagai pimpinan utama. Beberapa perkara telah dibincangkan khususnya dalam menjalin kerjasama untuk manfaat para pelajar, guru-guru dan pensyarah di kedua-dua institusi. 

Pondok Pesantren Darunnajah adalah lembaga pendidikan Islam swasta (non-pemerintah). Dirintis sejak 1942, didirikan Pondok Pesantren pada tanggal 1 April 1974 oleh (Alm) KH. Abdul Manaf Mukhayyar dan dua rekannya (Alm) KH. Qomaruzzaman dan KH. Mahrus Amin, dengan sistem kurikulum yang terpadu, pendidikan berasrama serta pengajaran bahasa Arab dan Inggris secara intensif. Pesantren Darunnajah kini memiliki 21 cabang pesantren dan 57 satuan pendidikan di berbagai tempat; Jakarta, Bogor, Tangerang Selatan, Serang, Pandeglang, Bengkulu, Seluma, Mukomuko, Dumai, dan Kampar. 

Universitas Darunnajah telah dididirikan pada 20 Jun 2022 sebagai perguruan tinggi swasta berbasis pesantren yang berada di bawah Yayasan Darunnajah. Terdapat beberapa pilihan program studi yang disediakan dibawah tiga fakultas iaitu Fakultas Agama Islam, Fakultas Bisnis, dan Fakultas Sains dan Teknologi. Maklumat lanjut boleh didapati di https://www.darunnajah.ac.id .


04 Disember, 2023: Silaturahim Nasional Forum Komunikasi Pesantren Muadalah

04 Disember, 2023: Saudara Ketua Eksekutif telah diundang menghadiri acara Silaturahim Nasional Forum Komunikasi Pesantren Muadalah yang diadakan pada 3 - 4 Disember 2023, di Pondok Pesantren Rafah Bogor. Acara ini dihadiri oleh lebih dari 50 pasentren yang dipimpin oleh para alumni Pondok Pasentren Modern Gontor. Saudara Ketua Eksekutif turut mengadakan pertemuan dengan Kyai Anang Rizka Masyhadi, Sekretaris Jenderal Forum Pondok Alumni Gontor dan membincangkan kerjasama strategik antara KDH dan FPA. Forum Pondok Alumni Gontor mempunyai lebih dari 1000 rangkaian pasentren diseluruh Indonesia yang saling bekerjasama dalam semua perkara. Saudara Ketua Eksekutif juga turut menghadiri acara perasmian masjid di Pondok Mundzirul Qoum di Bogor.


03 Disember, 2023: Majlis Penyerahan Kunci Sekretariat Pertubuhan Profesor G70

 03 Disember, 2023: Majlis Penyerahan Kunci Sekretariat Pertubuhan Profesor G70 telah diadakan pada hari Ahad, 03 Disember, 2023 di Kolej Dar al-Hikmah. Majlis ini telah dihadiri oleh Prof Dato’ Dr Muhammad Nur Manuty dan para AJK Pertubuhan Profesor G70. Kemudahan Sekretariat ini mengandungi ruang pejabat dan ruang mesyuarat/perbincangan untuk 10 orang. Kami mengalu-alukan kehadiran Pertubuhan G70 yang pastinya akan memeriahkan lagi suasana dan budaya keilmuan di Kolej Dar al-Hikmah.